Tuesday 29 October 2013

Bayar Saman secara Online


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Beberapa hari lepas, ary mendapat surat berdaftar dan apabila dibuka surat tersebut, terbayang dah RM150 terbang depan mata. Itu adalah saman kedua yang ary dapat. Kesalahan yang ary lakukan adalah memandu melebihi had laju. Ary memandu 101km/j di kawasan 90km/j. 




Memandangkan ary menghadapi kekangan masa untuk membayar di pejabat pos/balai polis, ary hanya mampu menggunakan inisiatif membayar secara online. Bayaran secara online boleh dibuat di https://www.myeg.com.my atau https://www.rilek.com.my/ dengan menggunakan kad kredit atau perbankan online.


Jadi, jika dah ada duit nak bayar saman tu, cepat-cepat lah bayar. The more you delay, the more you pay. 



Cara-cara membuat bayaran secara online di myeg.

1-  Daftar akaun baru terlebih dahulu dan login ke myeg.



2- Masukkan nombor kad pengenalan/nombor passport/nombor pendaftaran syarikat/nombor kenderaan dan masukkan abjad yang tertera untuk pengesahan. Klik 'Check Summons'.
 
 
 
3- Tick/select saman yang hendak dibayar dan klik 'proceed' (Rajah 1). Paparan akan menunjukkan summary saman yang hendak dibayar seperti Rajah 2.
 
Rajah 1
 
Rajah 2
 
 
4-  Pilih kaedah pembayaran - Kad kredit atau perbankan dalam talian dan buat pembayaran.



5- Resit akan dipaparkan apabila transaksi pembayaran berjaya.


Saturday 26 October 2013

Ayah Masih Ingat..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^ 


Lelaki memang cukup terkenal dengan sikap kurang mengambil berat akan orang lain atau dalam kata mudah, TAK AMBIL KISAH. Itu menyebabkan ada sesetengah pasangan mereka berada dalam tekanan bila merasakan pasangan mereka tak care.


Namun begitu, ary rasakan, mereka bukannya tak kisah atau tak mengambil berat. Mereka cuma tak tahu cara untuk tunjukkan perasaan kisah tu. 




Seperti mana ary sangkakan ayah ary kurang sensitif, berada di luar jangkaan yang ayah ary masih ingat lagi seperkara yang ary rasakan remeh buat ary iaitu ary pernah berniat nak buka klinik bersebelahan rumah. 


Atas sebab apa ary stunned? Sebab ianya adalah cerita 13tahun dulu dan ary tak sangka ayah masih lagi ingat. Mungkin banyak lagi yang ayah masih ingat tapi disimpan kemas buat peneman hari tuanya..

Saturday 19 October 2013

Update Your GOM Player to the Latest Version!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat tengahari^^


Ada yang menggunakan Windows Media Player. Ada yang menggunakan VLC Media Player. Real Player. KM Player. Tak kisahlah banyak mana pun, ary tetap setia dengan GOM Player.


Baru-baru ini GOM Player ary telah di-update ke version 2.2.53. Sepatutnya dah lama kot di-update. Tapi memandangkan ary asyik tekan "Update Later" je, maka baru hari ni lah berkesempatan untuk meng-update ke latest version. 


kantoi tengok hindustan. HahahaXD


Alasan untuk tangguh menaik-taraf (update) sesuatu software/apa jua yang boleh diupdate? *awkward gila guna perkataan "menaik taraf". HahahaXD
  • Malas - alasan majoriti
  • Line internet slow
  • Nak cepat untuk menggunakan sesuatu software. Yelah.. Nak download and install sesuatu software mungkin akan mengambil masa yang lama.

Tapi, sebenarnya adalah penting untuk  memastikan software korang gunakan tu. Antara sebab untuk memiliki versi terkini sesuatu software:
  • Boleh menggunakan ciri-ciri terbaru dalam aplikasi tersebut. Contoh, GOM Player sekarang dah mempunyai volume yang boleh digunakan sehingga 200% seperti VLC Media Player.
  • Kerosakan/kekurangan versi lama sesuatu aplikasi mungkin telah diperbaiki dalam versi terkini.

Memang KARANGAN sangat entri ni. HahahaXD

Saturday 12 October 2013

Projek Wall Climbing di Taman Cabaran, Presint 5 Putrajaya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Ary bukanlah jenis yang suka sukan lasak ni. Tapi recently, memandangkan ary selalu nak cuba benda baru, minggu ini ary luangkan dengan projek Wall Climbing antara ary dengan ex-classmate ary. Bulan lepas , ary ke ATV tapi tak sempat pula nak kongsi pengalaman ber-ATV. Gambar ATV pun ada pada kawan.




Lokasi wall climbing ary adalah di Taman Cabaran, Presint 5. Untuk memudahkan korang mencari lokasi, sila cari signboard ke Presint 20/Presint 5/Taman Cabaran/Taman Selatan. Dan di Taman Cabaran, terdapat beberapa kompleks sukan lasak. Dan sila lah cari kompleks sukan lasak untuk Aktiviti Mendaki.


Harganya agak berpatutan. Upah untuk instructor adalah RM25/jam. Jadi, siapa yang dah hebat/pandai mendaki, tak perlu lah pakai instructor. Instructor boleh dikongsi. Maksudnya seorang instructor adalah untuk 1-4orang individu. Untuk harga barang dan aksesori lain, boleh rujuk laman web depa di SINI.




Terus-terang, memang semput. Baru 3round memanjat, but ary rasa lenguh. Round 1, ary berjaya untuk panjat to the top. Round 2, dipaksa instructor untuk panjat to the top walaupun ary rasa dah tak larat. Round ke-3, cuma mampu half way je. Sampai kan tangan menggigil kot. HahaXD      Kena selalu jogging ni macam ni untuk naikkan stamina. HahaXD




Projek menggila ary hari ini memberi kan ary sedikit pengetahuan tentang wall climbing. Antaranya, baru ary tahu kasut untuk wall climbing memang dibuat sempit supaya senang untuk mendaki. So, malam ni ary nak swimming pulak. Anyone nak ikut?^^

Wednesday 9 October 2013

Musim Graduasi!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam^^


Since this blog can be considered as personal blog, I think it is not wrong to share my happiness during my convocation day which was held on last Friday. Yeah, can be considered as a lil bit excited. Biarpun ary rasa result ary tak adalah membanggakan sangat. HahahaXD




At first, ary rasa, hari graduasi ni seperti tak memberi makna apa-apa pun. Ibu dan ayah je yang lebih-lebih sampai beli baju baru. Ary pulak? Seperti se-selambanya diri ary, I just wore my past 3years baju kurung. 


But hari tersebut bertukar menjadi bermakna after my ibu said,"terima kasih sebab tolong tunaikan impian ibu." Seriously, i'm stunned and touched at that time. Lebih-lebih lagi bila air mata ibu mengalir. I'm not sure air mata ibu tu air mata kesedihan sebab anak dia tak mencapai tahap cemerlang or air mata gembira sebab anak dia dapat graduate on time walaupun result cukup-cukup makan? HahaXD




Speaking about graduate, waktu graduate, ada kawan ary meluahkan perasaan touching sebab dia kata, dia for sure tak dapat bunga or any other gift on that day. Yes. It is quite sad, lagi-lagi bila tengok orang lain got many flowers, got many friends to share the happiness with, etc. That's why, ary nak bagi tips, appreciate others as you want to be appreciated. Waktu kawan/senior graduate, at least tunjuk muka dan wish them "CONGRATULATION". Doesn't have to give stuffs. 




Ingat. Whatever we did will reflect back to us. 


Finally, I would like to say, Tahniah untuk mereka yang telah/akan bergraduasi. Yang masih belum berpeluang untuk bergraduasi, jangan sesekali give up. Teruskan perjalanan. Lambat atau cepat, penamat setiap orang adalah SAMA. Seperti hidup ini. Penamat setiap benda adalah sama iaitu KEMATIAN. 

Wednesday 2 October 2013

Miss Pah Hot Pot's Maggi Kari Ketam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Malam-malam ni, kalau tengah lapar, terbayang segala makanan yang sedap-sedap belaka. Jadi, ary teringat Maggi Kari Ketam oleh Miss Pah Hot Pot yang terletak di Bucida Court, Jalan Damansara. Ary berpeluang menikmati kesedapan Maggi Kari Ketam ni atas jasa baik Cik Norfanil yang sudi bawa ary untuk food review. Terharu. Sobs sobs. 




Lokasi Bucida Court
Landmark Bucida Court ni adalah bersebelahan dengan Honda dan juga berdekatan dengan Petronas yang terletak betul-betul di sebelah LDP. To be exact, sila cari signboard Kg. Sungai Penchala. Ary memang tak ada masalah nak cari sebab kebetulan ary pernah go through internship area Damansara. So at least, membantu serba-sedikit untuk cari food court ni.


Miss Pah Hot Pot
Miss Pah Hot Pot merupakan salah sebuah kedai yang berada di Bucida Court ni. Dengan keistimewaan menu Maggi Kari Ketam, terdapat dua jenis ketam yang boleh dipilih iaitu Ketam Bunga dan Ketam Nipah. Maggi Kari Ketam di sini bukan gunakan serbuk kari maggi tu ye.. Tapi mereka menggunakan serbuk kari betul ala-ala nak buat mee kari. Dan frankly speaking, kari mereka memang kawwww.. 








Dari segi harga pula, ary rasa harganya berpatutan. Berbaloi dengan harga tahap ke-kawww-an kari dan juga ke-fres-an serta ke-besar-an ketam itu sendiri. Dan selain Maggi Kari Ketam itu sendiri, korang boleh try menu lain cz banyak je choice lain sebenarnya.


Pada malam yang sama juga, kami telah mencuba nikmat Nasi Kukus bersama dengan Ikan Pari serta Ikan Kembung Bakar Portugis. Tak perlu susah-susah ke Melaka. Di Bucida Court pun, boleh^^




Sekali lagi terima kasih kepada team MySelera esp Cik Norfanil sebab beri ary peluang untuk merasai pengalaman makan-makan ni. Haha! Ada umur, jemput lah lagi ^^  Dan terima kasih juga kepada Miss Pah Hot Pot di atas layanan baik sepanjang kami di Bucida Court. 


hasil tulisan arisyalee.blogspot.com