Tuesday, 29 October 2013

Bayar Saman secara Online


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Beberapa hari lepas, ary mendapat surat berdaftar dan apabila dibuka surat tersebut, terbayang dah RM150 terbang depan mata. Itu adalah saman kedua yang ary dapat. Kesalahan yang ary lakukan adalah memandu melebihi had laju. Ary memandu 101km/j di kawasan 90km/j. 




Memandangkan ary menghadapi kekangan masa untuk membayar di pejabat pos/balai polis, ary hanya mampu menggunakan inisiatif membayar secara online. Bayaran secara online boleh dibuat di https://www.myeg.com.my atau https://www.rilek.com.my/ dengan menggunakan kad kredit atau perbankan online.


Jadi, jika dah ada duit nak bayar saman tu, cepat-cepat lah bayar. The more you delay, the more you pay. 



Cara-cara membuat bayaran secara online di myeg.

1-  Daftar akaun baru terlebih dahulu dan login ke myeg.



2- Masukkan nombor kad pengenalan/nombor passport/nombor pendaftaran syarikat/nombor kenderaan dan masukkan abjad yang tertera untuk pengesahan. Klik 'Check Summons'.
 
 
 
3- Tick/select saman yang hendak dibayar dan klik 'proceed' (Rajah 1). Paparan akan menunjukkan summary saman yang hendak dibayar seperti Rajah 2.
 
Rajah 1
 
Rajah 2
 
 
4-  Pilih kaedah pembayaran - Kad kredit atau perbankan dalam talian dan buat pembayaran.



5- Resit akan dipaparkan apabila transaksi pembayaran berjaya.


2 comments:

Sam Banjamin said...

perkongsian yg bagus...

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Teror gak ary nih, dah dua kali,hehehe.

Ok, noted. As a reference. Setakat ni tak pernah kena saman lagi.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com