Wednesday 26 September 2012

Local Disk (D:) Hilang Selepas Bertukar ke Windows8


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Ary sebenarnya nak cerita pasal kereta, tapi memandangkan kerajinan melukis itu tak ada, ary nak kongsi solution penyelesaian masalah yang ary hadapi dan ary berjaya selesaikannya sendiri^^  Hungga! Local disk kedua, ary gunakan untuk simpan artwork, movie, game dan sewaktu dengannya. Tujuan adalah untuk meringankan Local Disk pertama yang mengandungi windows dan program files. 



Masalah yang Timbul selepas Windows7 Digantikan kepada Windows8

Selepas ary format laptop, ary menyedari yang hanya ada 1local disk yang bersaiz 151GB sahaja di bahagian komputer. Mana pulak perginya local disk kedua???? Waktu tu memang kalut lah bila fikir memori lappy tinggal sikit. Mana boleh bergantung pada hanya satu local disk sahaja.



Kebetulan, ary terjumpa petikan orang lain yang turut mengalami masalah yang sama di sini



Penyelesaian Masalah


Computer Management  >>  Storage  >>  Disk Management


Korang akan lihat ada satu hard disk yang tidak bernama bersama-sama dengan local hard disk pertama tadi. Dan local hard disk tersebut 100% free - kosong. Itulah sebenarnya local disk kedua korang. 


Right-click pada hard disk tidak bernama itu dan klik Change Drive Letters and Paths... 



Akan ada pop-up windows dan sila tekan add bagi memilih paths local disk kedua korang tu. Suka hati korang lah kalau nak pilih (Y:) or (Z:) pun. Kalau ada lah kan? :P



Lepas klik OK, ta-daaa!  Welcome back! 



3 comments:

Ayu said...

Uiksss...ary sangat rajin buat tuto...bravo!:)

Aujinz said...

baik baik.. tengkiu for sharing... XD

cci said...

nice info... nanti kalo tkr windows baru.. kalo ilang leh dtg cini.. ehehe

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com