Wednesday 21 November 2012

Adakah Nasib HP akan Menjadi seperti ENRON?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


ENRON - Suatu kes yang selalu menjadi rujukan yang popular di kalangan pelajar-pelajar jurusan perniagaan dan perakaunan. Suatu kes penipuan yang diketahui seluruh dunia disebabkan syarikat itu melingkup selepas dibuktikan bersalah dalam perbuatan memanipulasi laporan kewangan.




HP Mengikut Jejak Enron

Hewlett Packard (HP).. Sinonim kan jenama tu? dan ary pasti ada antara blogger yang pakai laptop jenama HP. It is not about boycotting. Hehehe. Tak ada lah ary nak suruh boikot HP sepertimana korang dah boikot McD tuh. Cuma ary nak kongsi satu update berkaitan dunia bisnes dan ini berkaitan dengan syarikat HP.


HP telah dikatakan melakukan penipuan perakaunan yang melibatkan amaun berjumlah US$8.8 billion. Jika dibandingkan dengan kes ENRON, jumlah itu tidak lah banyak. Namun begitu, ianya masih merupakan topik hangat kerana dalam perniagaan, penipuan dalam perakaunan adalah merupakan salah satu kesalahan yang besar. Sama juga seperti isu rasuah yang cuba dibanteras Malaysia biarpun ada antara pentadbiran negara yang melakukannya.




Peranan Whistleblower dalam Organisasi

Salah laku yang dilakukan itu diketahui apabila whistleblower dari syarikat Autonomy Corporation (syarikat yang dibeli oleh HP sebelum ini) sendiri yang telah melaporkannya. Whistleblower adalah individu yang melaporkan/menghebahkan pelanggaran undang-undang atau tindakan tidak beretika yang dilakukan individu lain dalam sesuatu organisasi itu atau yang dilakukan organisasi itu sendiri kepada pihak berkuasa dan juga orang awam. Jadi, whistleblower ini diibaratkan seperti spy di dalam company lah.




Kesan Penipuan dalam Perakaunan

Pasti ramai yang tidak tahu kenapa ary tekankan isu ini. Lebih-lebih lagi mereka yang belajar dalam jurusan engineering, medic, etc. Kenapa penting sangat sampai kena buat entri?


Apabila berlaku penipuan dalam laporan kewangan yang dibentangkan, ini menunjukkan performance syarikat tidak dapat digambarkan keadaan sebenar. Ramai yang tidak dapat bergantung pada maklumat yang diberikan dalam laporan kewangan termasuk pengurusan syarikat tersebut tersendiri. 


Bagaimana masyarakat akan terkesan dengan tindakan penipuan dalam perakaunan ni? Ary cuba beri situasi supaya korang memahaminya.


Untuk mengekalkan prestasi yang baik di mata para pelabur, laporan kewangan syarikat haruslah menunjukkan keuntungan supaya pelabur tidak menarik semula pelaburan yang dilakukan. Apabila syarikat memperoleh kerugian, syarikat cuba menyembunyikan kerugian tersebut dengan memanipulasi laporan kewangan. 


Manipulasi laporan kewangan yang dimaksudkan adalah dengan mengubah beberapa figure dalam laporan kewangan. Mungkin juga ada yang tidak membuat laporan kewangan berdasarkan prinsip/standard perakaunan yang sepatutnya. 


Kadang, ada syarikat yang fikir mereka akan dapat cover balik kerugian dengan keuntungan pada masa hadapan. Tapi, SEANDAINYA mereka memperoleh keuntungan. Bagaimana pula jika sebaliknya? Seandainya mereka memperoleh kerugian pada masa akan datang, kerugian akan bertambah dan bertambah. Senang cerita, lubang yang koyak di seluar, kononnya boleh dijahit dan cuba disembunyikan. Tapi bagaimana pula kalau lubang itu semakin besar? 


Apabila kerugian tidak dapat ditampung syarikat, syarikat akan diisytiharkan muflis. Ramai yang akan kehilangan pekerjaan. Ekonomi negara akan merudum. Maka bertambahlah lagi manusia yang masuk dalam rancangan Bersamamu tu. Hew hew hew.


Jika ada yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu ini, cuba google Satyam Scandal. Satu lagi contoh terbaik untuk penipuan dalam perakaunan ni.

No comments:

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com