Thursday 1 November 2012

Pengalaman Interview untuk Internship SMART FOCUS Consulting


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Selepas Halim&Lee, Ary mendapat panggilan untuk hadir ke satu temuduga. Kali ini merupakan syarikat konsultan yang terletak di Ampang - SMART FOCUS. Kali ini, temuduga ary mendapat tentangan daripada ibu dan ayah sebab temuduga dijalankan selepas waktu pejabat. Ia merisaukan ibu dan ayah ary. Tapi, kerana kedegilan ary, ary pergi juga. Dengan niat untuk melalui dan menimba pengalaman interview yang berbeza.


Interview kali ini sememangnya berbeza. SANGAT berbeza. Ary diuji tahap kemahiran ary dalam berbahasa inggeris. Pada mulanya, ary diminta untuk menulis esei - How will add value to the organization? Diikuti pula dengan interview lisan oleh eksekutif berkenaan. Dan diakhiri dengan presentation ringkas - My Dream.


Apa yang ary suka tentang interview kali ini, ary mendapat tips daripada ekesekutif berkenaan. Macam-macam tips lah. Tips penonjolan personaliti, tips menaikkan berat badan, tips hilangkan jerawat, etc. Disebabkan eksekutif berkenaan ramah bercerita, ary cuma menganggukkan kepala sambil cuba mengutip moral of the story yang ary boleh dapat dari bebelan eksekutif tersebut.


Apa pula yang ary tidak berkenan adalah keadaan yang mencurigakan. Lokasi Ampang yang memang di tengah bandar terdedah dengan environment yang tidak memberangsangkan. Sedang ary berjalan mencari lokasi interview, ary diusik mat rempit. Cepat-cepat ary berlari masuk ke dalam bangunan berdekatan. 


Selain itu, keadaan ary di-interview tanpa ada sesiapa di dalam pejabat tersebut lebih mencurigakan. Takkan lah cuma mamat tu seorang je yang kerja lebih masa? Ary cuba berlagak cool tapi dalam hati sebenarnya takut woooo... Banyak lagi sebenarnya. Cuma tak perlu lah didedahkan perkara yang kurang baik. Takut-takut apa yang disebarkan itu tidak betul dan menjadi dosa pula.


Memandangkan ary sedang was-was dan curiga dengan syarikat tersebut, maka secara automatiknya ary telah keluarkan dari list. Sekarang hanya perlu tunggu dan beri surat penolakan seandainya ary diberi tawaran. 

4 comments:

Anisa Anuar said...

it's ok ary...at least you try...and you can learn from it.. okay?

ejulz said...

gud luck.. :)

Unknown said...

cmne company die? xoke eh? sbb sy dapat call dr company tuh utk internship..

Unknown said...

saya pun ada dapat call dari company ni utk interview internship. Takut pulak bila baca post ary ni.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com