Thursday, 25 April 2013

Percaya Pada Horoskop



Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum& Selamat Malam^^


Dulu, ary dan adik ary suka sangat beli majalah Remaja. Semata-mata untuk baca horoskop kami masing-masing. Tahu benda tu haram tapi kami baca suka-suka. Tak adalah percayakannya 100% pun. Hukum mempercayai bacaan horoskop adalah HARAM. Ya. Haram. 


Bila ary mula internship pula, benda pertama sekali yang ary buat adalah membaca surat khabar. Bila membaca dan tiba di kolum horoskop, ary akan membandingkan jangkaan horoskop yang dinyatakan di dalam The Star dan News Srait Times. Sepatutnya, bacaan horoskop itu sama. Tapi bacaan nya adalah berbeza. Mana mungkin ada dua bacaan berbeza untuk satu bintang horoskop yang sama.Dan manakan mungkin sebilangan manusia yang besar berkongsi nasib yang sama. 


Yang menambahkan lagi keyakinan ary bahawa bacaan horoskop adalah mengarut, apabila ary membaca buku P.S I Love You. Do you want me to write it here? Panjang kot. 3page. But if sesiapa nak tahu, boleh buka page 372 - 374. Ianya adalah tentang cara sebuah company magazine menentukan pengisian horoskop dalam majalah mereka. 




Kalau betul yang horoskop ni mengarut, kenapa ada perkara yang dinyatakan adalah betul dan mengena?


Itu adalah kerana pembacanya percaya tentang apa yang dibaca. Ustaz Pahrol Mohd Juoi beberapa kali berkongsi di dalam bukunya 'Di Mana Dia Di Hatiku?', apa yang berlaku adalah bergantung kepada sangkaan dan keyakinan seseorang individu. Jika manusia itu bersangka baik dan yakin atas sangkaannya, kebarangkalian untuk perkara baik itu berlaku adalah tinggi. Sebab itu lah manusia diperintahkan untuk sentiasa bersangka baik. 


Kita adalah diri kita yang kita yakin akan siapa kita yang sebenarnya. Jika kita fikir yang kita adalah seorang yang bodoh, maka kita tidak akan berbuat apa-apa kerana menyangka diri tidak mampu. Jika fikiran kita meletakkan kita sebagai seorang bijak pandai, maka hebat lah segala perlakuan kita. Namun, jangan sampai sangkaan atas diri tu overreacted sehingga menyebabkan riak, takbur & sewaktu dengannya^^

8 comments:

Unknown said...

owh ~ alhamdulillah ~ jazakillahu khairan :D

Tinta Lana said...

Lana pun, sampai skrg terbawak2 gak baca horoskop ni,hehe. Tapi, untuk suka2.

Macam ary bagitau, macamana bintang sama, tapi descriptionnya berbeza. Lain magazine lain tulisnya. Situ pun dah nampak thp merapunya.

Anisa Anuar said...

sama la kalau beli paper mesti bukak ruang tu... tengok je la.. percaya..?? tak la..

Unknown said...

hehee .. dulu Tia pun suka sangat baca horoskop. sebabnya selalu sama macam apa yang tertulis. tapi tu lah .. Allah juga Maha Mengetahui kan ary?

Unknown said...

pensil pun duk tgk jugak dulu, tapi sekarang dah tak layan . hee

Dayang Deno said...

baca je takpe, percaya jangan^^

Dayang Deno said...

ari... jom? LUPUS awareness!^^ http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

Lieza Nordin said...

sy un baca buku tu..best... mybe kebetulan benda tu sama ngn apa y terjadi pada kita.. di sini Allah nak uji kita la smaada kita pcya pada DIA atau horoskop tu :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com