Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Kebanyakan tandas yang ada di Malaysia ni adalah tandas duduk. Moden lah kononnya. Sebenarnya nak selesa kan pengguna tandas. Tapi, kebanyakan pengguna akan rasa geli untuk duduk di atas tandas itu disebabkan title "Tandas Awam". Ye lahhhh.. Bermacam-macam jenis orang guna tandas tu.
Perasaan geli itu pasti ada walau sedikit. Ada yang geli sampai mengambil keputusan untuk mencangkung di atas tandas duduk tersebut. Sebab tu, kadang-kadang nampak kesan hitam dan kotor tapak kasut dekat tempat duduk tandas tersebut. Ish3..
Ary nak pesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.
Keadaan yang terakhir sekali tu memang rare (jarang berlaku) tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul. Dulu, ary turut mempunyai masalah untuk membuang air dengan menggunakan tandas duduk. Namun begitu, ibu ary berkongsi tips untuk tidak mencangkung di atas tandas duduk.
Caranya mudah saja. Ambil seberapa banyak tisu dan alaskan di atas tempat duduk tandas tersebut sebelum membuang air. Kalau rasa nak siram dulu tempat duduk tandas menggunakan air pun boleh^^ Jadi, dengan cara ini, tak perlu mencangkung lagi. Tak dapat imagine? Sila rujuk gambar rajah^^
HahahaXD Lawak lah plak bila buka kelas buang air. Biarpun ini merupakan perkara asas, tapi tak boleh pandang remeh. Berhentilah menjadi manusia moden yang tidak bertamadun^^
"Nabi s.a.w pernah berkencing berdiri disebabkan penyakit pada belakang pelipat kaki antara kaki dengan betis. Tetapi kalau kencing berdiri tanpa sebab, (melainkan sebab dah tak tahan atau kencing duduk nanti kena najis pada pakaian), maka hukumnya MAKRUH."- Sumber: Artikel Gaya Saya Jaga Kebersihan by Shadiya Abbas, Gen Q Isu 19.
# Bagaimana pula dengan lelaki yang kencing berdiri?
7 comments:
Kalau guna tandas cangkung dikatakan ketinggalan zaman, janji dapat buang+selesa okay jer...
Tp tulah tandas awam, macam2 ada..best jugak blajar kelas dalam tandas nie, hehe
Salam.
Ary..laki kencing berdiri..kerana saluran kencingnya dah mcmtu rupa, hahaha
Takpa, inipun maklumat juga. Zaman canggih ini, mmg ada yg tak brapa nak canggih, bab buang ayor pun masih berterabur.
Dua2 cara mmg boleh diamalkan. Tapi, slagi boleh cari tandas cangkung terus, hehe. Tak selesa tandas duduk..
ehem..i miss u too!! hahaha, tq ary, thanks a lot for ur time.. rase macam vip mai blog kita bila ary dtg,hahaha
ayat cam berbelit skit, abaikan,ahahha
Ini sgt2 btol..mmg xde selera nak guna tandas duduk sebab penuh kesan tapak kasut..sbenanye, ade jual tempat lapik toilet bowl..kat farmasi ada jual..nanti g beli k? heeee..boleh bawak travel..jimat guna tisu ^.^
skrg ni ada jenis tandas duduk di mana paipnya terletak di kedudukan yg strategik giler. pon dah tak tahu nak guna camne. terbantut terus nak buang air.
ada tips? hehe.
ary, seriously tia tak suka tandas macam ni. tak selesa kot. yelah, sejak kecil ajarannya lain. masalah 'terbiasa' lah katakan. hehe.
kalau tia, selagi masih boleh cari tandas yang mencangkung. tia akan cari sampai dapat!
ary eh yang lukis? nice :)
wah siap ada cara-cara lgi.. memang bahaya kalau mencangkung atas tandas duduk. tapi kalau ckj g tandas awam seboleh-bolehnya cari juga tandas yang cangkung. sebab ckj tak reti guna tandas duduk.. :P
Post a Comment