Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday, 3 June 2013

Tips untuk Tidak Mencangkung atas Tandas Duduk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebanyakan tandas yang ada di Malaysia ni adalah tandas duduk. Moden lah kononnya. Sebenarnya nak selesa kan pengguna tandas. Tapi, kebanyakan pengguna akan rasa geli untuk duduk di atas tandas itu disebabkan title "Tandas Awam". Ye lahhhh.. Bermacam-macam jenis orang guna tandas tu. 


Perasaan geli itu pasti ada walau sedikit. Ada yang geli sampai mengambil keputusan untuk mencangkung di atas tandas duduk tersebut. Sebab tu, kadang-kadang nampak kesan hitam dan kotor tapak kasut dekat tempat duduk tandas tersebut. Ish3..  


Ary nak pesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.






Keadaan yang terakhir sekali tu memang rare (jarang berlaku) tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul. Dulu, ary turut mempunyai masalah untuk membuang air dengan menggunakan tandas duduk. Namun begitu, ibu ary berkongsi tips untuk tidak mencangkung di atas tandas duduk.


Caranya mudah saja. Ambil seberapa banyak tisu dan alaskan di atas tempat duduk tandas tersebut sebelum membuang air. Kalau rasa nak siram dulu tempat duduk tandas menggunakan air pun boleh^^ Jadi, dengan cara ini, tak perlu mencangkung lagi. Tak dapat imagine? Sila rujuk gambar rajah^^




HahahaXD    Lawak lah plak bila buka kelas buang air. Biarpun ini merupakan perkara asas, tapi tak boleh pandang remeh. Berhentilah menjadi manusia moden yang tidak bertamadun^^ 

"Nabi s.a.w pernah berkencing berdiri disebabkan penyakit pada belakang pelipat kaki antara kaki dengan betis. Tetapi kalau kencing berdiri tanpa sebab, (melainkan sebab dah tak tahan atau kencing duduk nanti kena najis pada pakaian), maka hukumnya MAKRUH.
Sumber: Artikel Gaya Saya Jaga Kebersihan by Shadiya Abbas, Gen Q Isu 19.

# Bagaimana pula dengan lelaki yang kencing berdiri?

Monday, 2 April 2012

Sehari Bersama Doktor Gigi


Dipendekkan cerita, beberapa minggu lepas, ary berpeluang untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma di kolej ary. Dah lama benar tak check gigi. Paling latest ary jumpa doktor gigi waktu ary sekolah menengah dulu. Fuhhh.. Lama betul. Sekarang ary dah 21 tahun. Maknanya, lebih kurang 4-5tahun juga ary tak jumpa doktor gigi. Hehe.

Doktor: Nanti datang ke Fakulti Pergigian UM, boleh tampal gigi dan scaling.
Ary: Boleh CUCI gigi free eh,doktor?
Doktor: Gigi awak tu tak sama macam cuci kereta, lantai, etc. Kita panggil SCALING.
Ary: Oooo.. Baru saya tahu.

Disebabkan kesibukan yang melampau, baru hari ni ary scaling dan tampal gigi. Tapi BERBAYAR lah sebab buat di klinik swasta dan bukan PPUM. So, lihatlah transformasi yang berlaku pada gigi ary.



Itu cuma bayangan je. Teruk benar gigi ary kalau macam tu gayanya. Buat pengetahuan korang, scaling ini bagus untuk gigi. Tapi tak boleh dibuat selalu sebab takut gigi tu akan menjadi nipis. Selamat scaling gigi!

Wednesday, 29 February 2012

Lesbianisme & Servix Cancer


Doktor, apakah hubungan sesama jenis akan turut menyebabkan Kanser Serviks?

Lesbianisme - hubungan sesama jenis yang dilarang dalam agama. Lesbianisme tidak akan menyebabkan berlaku nya kanser serviks. Namun begitu, apabila sexual desire itu ada, ia akan mempengaruhi sesama perempuan itu untuk melakukan hubungan seks songsang. 


Kemudian, berlaku adegan pegang-pegang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya termasuk kawasan genital (kemaluan). Apabila tangan dah menyentuh kawasan tersebut, tangan yang tidak diyakini kebersihan itu akan membuat kawasan genital untuk terkena virus HPV ( Human Papillomavirus). 

HPV adalah virus biasa yang menyerang lelaki dan juga wanita. Terdapat lebih 100jenis virus HPV. Daripada angka tersebut, kira-kira 30jenis HPV diberi nama HPV genital kerana virus tersebut memberi kesan terhadap bahagian genital. Sesiapa yang melakukan aktiviti seksual membabitkan sentuhan genital boleh mendapat HPV genital biarpun tidak melakukan persetubuhan.
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com