Monday, 22 July 2013

Cara Bunuh Diri Senyap-Senyap


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam^^


Scary betul bila cakap pasal bunuh diri ni. Yelah. Bunuh diri ni isu sensitif. Yang peliknya, ada juga yang gatal tangan tu duk cari keyword "Cara Bunuh Diri Senyap2". Termasuk pula trafik semasa ary kat blog ni. 


Bukan nak cakap apa lah. Ary faham perasaan orang yang nak bunuh diri ni. Dulu, ary selalu fikir, kenapa lah ada orang sibuk nak bunuh diri bila putus cinta.. Macam tak ada orang lain je dalam dunia ni kan? Tapi hakikatnya, orang yang nak bunuh diri tu, rasa tertekan yang teramat.


Setiap orang mempunyai kemampuan menguruskan tekanan masing-masing. Bezanya cuma sampai tahap mana tekanan tu mampu diuruskan. 




Macam kawan ary, Izzue tu. Pernah dia tak makan lebih 24jam selagi tak jumpa Shera. Pernah dia hilang arah bila Shera buat hal. Sedangkan dulu, ary lihat dia sebagai antara yang paling kuat menghadapi dugaan. Tapi, yelah... Mungkin dah sampai tahap yang dia tak boleh nak hadapi. Hanya Allah yang lebih mengetahui. 


Jika dihadapkan dengan pelbagai dugaan dan permasalahan sehingga terasa nak bunuh diri, sila ambil air sembahyang. Adukan pada Dia yang SATU. In shaa ALLAH. Kalau rasa tak boleh nak beribadat, berehatlah sebentar. Senang cerita, tidur. Rehatkan minda tu. 


Tapi, yelah.. Kadang, bila hati dah tak tentu arah, akal menjadi pendek. Boleh buat macam-macam yang di luar jangkaan. Cuma sentiasalah berdoa supaya Allah s.w.t melindungi kita dari berbuat perkara yang sia-sia. Ameen..


Pernah rasa nak bunuh diri?

5 comments:

Teena Tna said...

Kalau nak bunuh diri sebab yg bukan halal, sia2 jer. Sebaiknya kita mendekatkan diri kepadaNya.

Nurul Syuhadah said...

Amboii, scary nye tajuk. and adah ade experience aw. I mean, niat nak bunuh diri ni.

Bunyi macam bodoh kan ? But actually when we are kids, we'll think shortly without consider abt others. Yela, zmn budak2 ary, kita ni mana reti pikir. bila mak marah jer, nak lari rumah. bila rasa kena marah dgn mak dan ayah sekaligus, terus nak bunuh diri. haha. its so funny.

But in short, bunuh diri ni selalu budak2 or remaja yg unmatured jer nak buat. but if they're think deeply, they will know that the action was useless at all. kan kan ? :)

Tinta Lana said...

Salam.

Tak pernah ary.

Paling teruk pun, bila dah terlalu teruk stress, lana cuma rasa nak larikan diri kemana2, jauh dari tempat biasa. Dan lari jauh tu, sambil naik keretapi or bas, boleh termenung habis2,hahaha

Actually, lana sbnrnya tak boleh nak faham kenapa org nak bunuh diri. Tapi, bila ada classmate zmn spm cuba buat mcm tu, lana lebih faham kenapa. Masuk U pun, jumpa lagi insan2 mcmni. Mcm ary ckp, lain org lain kemampuannya uruskan stress.

Ary bagi cdgn ambil wudhu', tapi tu slh satu cara. Bagaimana dgn org bukan islam. Org islam sndiri, yg stress pun tak teringt nak ambil wudhu.. lana salu terfikir mcmtu,hehehe

Lana rasa, cara umum, berikan lebih perhatian pda org2 skeliling kita. Lana prasan, org2 yg ada niat mcm ni, hati mereka sgt sensitif. Tambah teruk bila kita buat dekk je, lagi parah jiwa.

Cik Kay Jue said...

apa yang penting berbalik pada yang Maha Esa..

Anonymous said...

Sy pernah rasa macam nk bunuh diri U.U

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com