Saturday, 13 July 2013

TRUE STORY: "Siapa yang Dia Pilih?" - Sekali Lagi (Ep. 4)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Yosh! Dah lama tak main bowling, finally dapat juga lepas gian. Tapi dari jauh terlihat kelibat Izzue. Izzue yang berbeza dari selalu. Jika selalunya Izzue nampak jambu berpakaian kemas, tapi petang itu, Izzue selebet seakan-akan sedang berlakon sebagai mat gian. 


"Kau nape? Dari mana je selebet-selebet ni?" Ary teriak dari jauh. Its normal for me sebab ary memang tertelan mic dari kecik.


"Aku tak mandi lagi ni. Tadi gi Rembau. Emergency," Izzue menjawab tanpa memandang ke muka ary. Terlihat jelas riak mukanya yang baru sahaja lepas menangis. Baru ary tahu betapa hodohnya muka lelaki bila menangis.


"Errrr.. Hah. Yelah.. Aku nak keluar ni. Pe2 hal, kau whatssapp je lah aku," Ary pun tak pedulikan Izzue. Nak wat caner? Ary dah janji dengan kawan lain. Sorry, Izzue. 


===============================================


Beep! Beep! Tengah syiok main bowling, telefon ary berbunyi. Seperti yang dijangka, ia merupakan whatsapp dari Izzue. Dan seperti biasa, Izzue memulakan cerita tanpa diminta.


===============================================


Pagi itu, Izzue agak liat untuk bangkit dari tidur sebab Shera ke Rembau bersama mak-cik nya. Jadi, hujung minggu ini dia keseorangan sekali lagi tanpa Shera yang selalu ada di sisi nya dahulu. Ingin sekali Izzue cuba memejam mata dan menyambung tidur hingga ke petang. Tapi hatinya seakan-akan tak keruan. Macam ada yang tak kena. 


Izzue mencapai telefon bimbitnya lalu cuba untuk menghubungi Shera. Tiada jawapan. Setelah hampir 49 kali menghubungi Shera, Izzue menjadi makin tak tentu hala. Bimbang. Lalu Izzue mengambil keputusan untuk menghubungi mama Shera. Izzue tahu Shera akan marah, tapi dia ingin tahu. Lalu Izzue text mama Shera. Matanya membuntang membaca mesej dari mama Shera.




"FUCKKK,Puteri Shera Fitri!!" telefon dihempas. tangan digenggam dan ditumbuk ke dinding berkali-kali.  Kesakitan di hati lebih terasa dari kesakitan tangannya. Sekali lagi dia ditipu.


Tanpa berfikir panjang, Izzue terus mencapai kunci kereta. Dia perlu bertemu dengan Shera walau apa pun. Izzue memandu laju Suzuki Swift miliknya sehingga mencapai kelajuan 160km/j. Tidak terfikir langsung tentang bahaya. Yang penting, dia perlu jemput Shera dari terus berada di sisi lelaki itu. Lelaki yang bernama Hazrin.




Ary: Kita tak akan tipu orang yang kita sayang biarpun hakikat itu menyakitkan.

2 comments:

Unknown said...

semakin parah aku ikut episod ni..kesian

Unknown said...

parah.. parah... harap izzue lbh rasional selepas ni... kesian....

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com