Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Lelaki memang cukup terkenal dengan sikap kurang mengambil berat akan orang lain atau dalam kata mudah, TAK AMBIL KISAH. Itu menyebabkan ada sesetengah pasangan mereka berada dalam tekanan bila merasakan pasangan mereka tak care.
Namun begitu, ary rasakan, mereka bukannya tak kisah atau tak mengambil berat. Mereka cuma tak tahu cara untuk tunjukkan perasaan kisah tu.
Seperti mana ary sangkakan ayah ary kurang sensitif, berada di luar jangkaan yang ayah ary masih ingat lagi seperkara yang ary rasakan remeh buat ary iaitu ary pernah berniat nak buka klinik bersebelahan rumah.
Atas sebab apa ary stunned? Sebab ianya adalah cerita 13tahun dulu dan ary tak sangka ayah masih lagi ingat. Mungkin banyak lagi yang ayah masih ingat tapi disimpan kemas buat peneman hari tuanya..
2 comments:
kasih ayah.... ayah bukan tak tunjuk... tanggungjawabnya besar...
beza ibu dan ayah. tapi mereka tetap saling memerlukan.
Post a Comment