Monday, 23 December 2013

Percutian di Penang | Bukit Bendera


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Apa yang special nya tentang Bukit Bendera ni? Setakat ambil gambar je ke? Bukan ada apa pun kat atas tuh. Bla bla bla bla bla dan sewaktu dengannya. Sampaikan orang Penang habaq, "Kalau hang tak pi Bukit Bendera, maksudnya hang tak pi Penang".




Perjalanan ke Bukit Bendera memang menyakitkan kepala kerana korang terpaksa mengharungi pasar pagi *entah apa namanya.tak hengat. Landmark: Temple Kek Lok Sik. Bukan bersebelahan tapi berdekatan. 


Waktu nak beli tiket, memang panjang gilos. Sebabnya, ada beberapa group yang ahlinya SEMUA beratur untuk beli tiket. Sedangkan yang bayar duit tiket tu, seorang wakil je. Memang menyakitkan jiwa dan raga. HohohoXD




Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Bendera adalah menaiki tren sampai ke puncak, melawat Owl Museum, menikmati pemandangan seluruh Pulau Pinang, melawat kuil/masjid di puncak,  Makan-makan di food court, dan.. ermmmm.. ermmmm.. Itu je lah aktiviti ary dan keluarga buat di sana. Not much actually but we spend about 3hours up there. Lama kan? Biasalah.. Bila pergi dengan mereka yang berusia, haruslah memahami. Huhuhu.




Dan sebenarnya, di atas puncak Bukit Bendera ni, ada kawasan perumahan. Bukan lah perumahan yang macam taman-taman perumahan biasa. Tapi lebih kepada perumahan orang-orang kenamaan. Orang-orang yang berduit. Dan jangan terkejut, bila tengok ada rumah haram di celah-celah batu tapi siap pasang Astro. HohohoXD



No comments:

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com