Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^
Dipendekkan cerita, ketika perjalanan pulang ke Melaka, ary singgah untuk solat Asar di R&R Seremban. Dah alang-alang lambat, ary solat Maghrib sekali. Disebabkan tak ada bekal air, ary plan nak berbuka selepas solat tu.
Selepas solat Maghrib, secara tiba-tiba akak cleaner di situ pelawa ary minum air Teh O. Seboleh-boleh dia suruh ary minum. Ary hanya mengangguk dan membalas dengan senyuman yang tak berapa nak cute ni. Jadi, sebelum ary chow, ary minum juga air yang akak tu sediakan.
Terus terdetik dalam hati, hanya Allah je dapat balas perbuatan baik akak tu. The fact is ary memang tak ada duit nak berbuka pun. Bajet-bajet sampai rumah baru nak makan.
Semasa bergambar,
Tetiba mamat yang memang TOTALLY stranger ni datang dan join sepupu ary bergambar.
What the .....???!
Insiden ini membuatkan ary terfikir. Mereka yang tidak kita kenal, boleh je berbuat baik dengan kita. Tapi kenapa kadang-kadang orang yang paling kita kenal akan sakitkan hati kita. Kalau macam tu, let's be stranger to each other.
1 comment:
kalau tak mention lelaki tu stranger,saya dah fikir dia satu group dengan akak. ^-^
Post a Comment