Tuesday, 10 June 2014

Adab Maur-maur Kenduri Kahwin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Tujuh. Tujuh ye.. Tujuh hari sudah tidak menaip-naip di sini. Ini kerana ary sibuk. Sibuk kahwin sana-sini. Kata sebenar - Sibuk hadirkan diri ke kenduri kahwin sana-sini.  Bukan ary yang kahwin ye.,. Entah bilakah masa itu akan tiba.


Hadirkan diri ke kenduri kahwin pun ada adab ke? Ary tak tahu lah orang lain. Tapi, satu adab yang ibu ary ajar adalah, membawa hadiah atau setidak-tidaknya menghulurkan maur-maur. Maur-maur boleh diertikan sebagai hadiah/sumbangan/sedekah berupa wang. 


Ibu kata, setidak-tidaknya meringankan tuan rumah. Yelah.. Belanja kenduri bukan kecik-kecik ye.. Giler beriban gak habis. Tak perlu banyak, cuma beri yang seikhlasnya. 




Tahniah kepada pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan. Tahniah kerana anda telah menjumpai jodoh anda. Tahniah kerana anda berani dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri/ibu dan ayah.

3 comments:

Aujinz said...

tahniah kepada semua pengantin

CXopportunities said...

bila tiba masanya, semua yang tak boleh jadi boleh. semua yang tak mampu jadi mampu. In Shaa Allah. niat kita baik ntk bina masjid Allah, Allah akan permudahkan :) percayalah.

Tinta Lana said...

Salam.

Maur2 panggilnya ya..something new.. :)

Kitaorg kat sini, cuma sebut, 'hulur la skit duit', itu jela,hehe.

Mak lana pun ckp benda sama..katanya, bagi la duit skit, nak buat kenduri dah la keluarkan duit..bila kita hulur, dptla cover skit sbnyk..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com