Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Orang kata, 10sen itu berharga. Biarpun hanya 10sen, 90sen tak akan berubah jadi RM1. Dan zaman sekarang, 10sen tak boleh digunakan untuk beli apapun. Boleh.. Tapi cuma sebiji gula-gula.
Akan ada yang kata, lebih kurang je lah. Tapi, kalau lebih kurang, yang tak berapa nak layak akan dapat, tapi yang layak tak dapat. Tiada justice/keadilan di situ.
Itu lah yang berlaku pada ary sekarang ni. Hanya kerana 0.06 mata kurang dari pointer 3.0, nama ary tidak dimasukkan di dalam senarai temuduga kerja. Bukan salah bakal-bakal majikan. Kompetitif yang makin meningkat ni pun tak boleh disalahkan. Nak salahkan diri sendiri tapi ia akan melemahkan lagi semangat diri.
Jangan risau ary. Rezeki itu rahsia Allah. In shaa ALLAH^^