Showing posts with label Artwork. Show all posts
Showing posts with label Artwork. Show all posts

Friday, 28 April 2017

Tempahan Kad Kahwin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari


Ary is back with design service! And yeah, this time langkah dimulakan semula dengan design kad kahwin, banner, etc. 




So, untuk sesiapa yang memerlukan khidmat design AryLee.Skapandi, dialu-alukan untuk contact ary through Facebook Page. Leave a message and will get to you soon! Thanks! 

Wednesday, 25 May 2016

Smile Because of Your Laughter


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam!


12days to exam date, and still counting! Nervous but yet, still got time to waste. *sigh*


Have you ever face this kind of thing? Spontaneously smile when listen to someone's laughter. I did. It's just a good feeling when heard the laughter. Giving some peace inside. 




But I guess "A good thing sometimes not good enough". Lol. Keep calm and hope for the best. 


Btw, All the best to all June's ACCA candidates!


Wednesday, 8 July 2015

The Unpleasant Truth


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam :)


Kejujuran itu sakit. Tapi, masih ada yang mengatakan, "aku mahu kau berkata benar meski ia akan membunuhku". Namun, sejauh mana kebenaran boleh diterima pakai? 




"Euuwwww.. Why looks so ugly?"

Maybe it's just your way to say, you still can improve your painting skills. But please consider effort people put on that thing. Whatsoever...


Gambar tiada kaitan dengan entri. Lol.

Tuesday, 2 September 2014

Farewell Gift


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Pejam. Celik. Pejam. Celik. Jarum jam berputar terasa semakin laju.


Dalam tidak sedar, ary akan turut meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke Melaka untuk selamanya. In shaa Allah. Ikutkan hati memang berat untuk meninggalkan ibu kota ini. Ramai kata, lebih besar punca pencarian rezeki di sini. Tapi cukup lah buat ary.


Dalam masa 5 tahun di Kuala Lumpur, ary akui banyak yang ary dah lalui. Pelbagai perasaan. Segalanya bercampur-baur. Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang, hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan. 





Berbaki kan dua bulan, ary sedang menyiapkan semua yang perlu. Antaranya, farewell gift untuk partner ary. Menangis sambil melukis, mengenangkan segala kebaikan dan tunjuk ajar. Susah senang berdiri menguatkan organisasi. 


Adehhhh.. Penatlah dengan emosi ni.

Monday, 30 June 2014

Tips Resolution untuk Percetakan Komersial


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Ramai yang tidak tahu bahawa semasa aktiviti design untuk percetakan komersial, resolution design adalah penting. Ini kerana kalau resolution gambar yang didesign adalah kecil, takut-takut gambar tu akan pecah dan blur. Lalu, akan menghasilkan hasil percetakan yang tidak berkualiti.


Mungkin ada yang katakan, design tu boleh dire-size. Tapi, masih hasilnya akan menjadi pecah-pecah dan blur atas subjek yang dicetak. Jadi, untuk play safe, boleh sentiasa rujuk pada syarikat percetakan.


Hasil yang pecah dan blur



Oleh itu, designer perlu memastikan resolution printer yang akan digunakan untuk mencetak bagi menghasilkan hasil percetakan yang berkualiti. Contohnya, resolution yang yang digunakan untuk mencetak kad adalah minimum 300 DPI (Dots per Inch). Untuk banner dan banting pula, resolution yang diperlukan adalah sekitar 720 - 1200 DPI.


Untuk aplikasi adobe photoshop, resolution boleh ditetapkan pada langkah awal. Semasa File > Create, masukkan resolusi yang dikehendaki dalam column yang berkenaan.




Macam mana pula dengan resolusi bagi percetakan atas beg, tshirt, kulit buku, etc? Ada yang nak kongsi? Berkongsilah walau sekadar satu garis.


Sunday, 29 June 2014

What's Your Favourite Social Media?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Banyak betul masa terluang pada bulan puasa ni kan? Bila dah terluang, maka mengadap lah semua media sosial yang ada sekarang ni. Terbaru yang sedang menjadi trend di Malaysia sekarang ni adalah Instagram




Semua media sosial yang ada mempunyai keistimewaan dan kegunaannya yang tersendiri. Bergantung pada penggunanya. Tapi bagi ary, blogger dan facebook masih di hati walaupun ary ni kategoti syok sendiri bila bergambar. BwahahahaXD


"Alangkah baiknya kalau masa mengadap Media Sosial boleh digantikan dengan Membaca Al-Quran." Auuuuccccchhhhhhh!


Pssstttt.. Tempahan untuk CUSTOM MADE E-CARD RAYA mula dibuka. Range harga bermula serendah RM15 - RM30 bergantung pada difficulties and type design.
PM for more details!




Wednesday, 14 May 2014

#infatuation


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Orang yang patah hati/heartbroken selalunya akan melakukan benda-benda di luar kawalan. Kadang tertanya, di mana hilang kewarasan itu? Tapi apa nak buat bila hati dah menguasai diri. Huh = ="





Now ary berkata sendiri, motif sangat kau lukis gambar ni ary. BwahahaXD


Sunday, 20 April 2014

Tulisan Minggu Ary - Aku Nak Dia


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu ^^


Aku nak dia..
Yang comel senyumnya
Yang mampu buat aku ketawa
Yang tak meminta walau poket kosong
Yang menghormati ibu dan ayahku seperti dia yang punya
Yang cukup lima waktu
Yang mampu membuatkan aku mengatakan
Dialah orangnya!

Yang paling penting
Dia yang bisa membuatkan aku lupa pada yang masih bertakhta
Agar dia selesa beraja





Wednesday, 9 April 2014

Seo Eun-gi of "The Innocent Man"


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Selamat Malam^^

Sejak "kedepanan" ini, malam sunyi ary diisi dengan drama bersiri korea. Bermula dengan The Innocent Man dan dilanjutkan pula dengan Good Doctor. Yang pastinya, ary dah jatuh hati dengan lakonan dia - Moon Chae-won


Punyalah suka sampai terniat untuk mulakan semula habit melukis dengan menggunakan gambar dia sebagai permulaan. Peh! Bakat meng-vector telah hilang = ="



Wednesday, 19 June 2013

Dia Adikku


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^




A.D.I.K - Adik!


Macam sekolah tadika pulak. HahaXD   Ini adik kedua ary. Walaupun dia merupakan adik nombor dua dan ary ada adik seorang lagi selepas dia, ary tetap panggil dia "adik". Mungkin sebab jarak umur dia dengan adik ary tu 8 tahun. Dah terbiasa panggil adik. 


Ary dan adik ary sangat kontra. Orang akan sangka dia kakak dan ary adalah adik. Dia matang, ary childish.  Dia bersopan santun, ary ganas. Dia gemuk, ary kurus. Eh?? HahahahaXD   Satu je persamaan antara kami - muka berjerawat. HohohoXD

Thursday, 6 June 2013

Gwiyomi Doodle Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Macam-macam pula benda nak hupdate bila diri di-input dengan pelbagai benda. Tapi, ary akan stick pada perkara asal yang ary nak hupdate iaitu tentang gwiyomi. Terus terang, isu ni memang dah agak lapuk. Tapi mengenangkan karya seharian ary yang pending, tak di-approve Blogbuster Nuffnang, ary upload di sini. 




Seperti yang umum tahu, Gwiyomi ni merupakan trend yang dibawa dari Korea. Tak perlu lah diulaskan asal-usul Gwiyomi secara mendalam di sini kerana tak ada manfaatnya. Gwiyomi tu bermaksud "CUTE". Tapi masalahnya, yang buat gwiyomi tu cute ke? *ayat jeles. HahahaXD


Btw, tertarik dengan entri Dont Like That Lah, Bro tentang Gwiyomi. Rasa-rasa ada tak video gwiyomi yang dah dibuat pelepas nafsu? Astaghfirullah-al-azim! Fuhhhh... Kalau ada yang tengok video doodle gwiyomi ary dan mula rasa pelik-pelik, tak tahu lah nak kata apa= ="

Tuesday, 19 March 2013

Just Give Me a Reason - Pink


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Thursday, 27 December 2012

Ary Bond Part 1


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Bila ary dah tak ada modal nak menulis.. HahahaXD  Maaf kepada yang meluat^^ Sekian, terima kasih^^v



Friday, 7 September 2012

New Look of Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^v


Ary akan balik UM pada hari ahad ni. Jadi, seperti biasa, sebelum balik, ary akan menyiapkan diri seperti kemas barang, servis kereta, dan tidak lupa juga untuk mengemaskan rambut yang makin serabai ni. HohohoXD


Seingat ary, ary memang tak pernah berambut panjang dari kecil. Jadi dah terbiasa berambut pendek. Jadi, rambut korea ary telah dicantass pendek bagi memudahkan ary menguruskannya. *sebenarnya malas nak sikat:P




Waktu ary pi kedai, ada beberapa tips yang ary dapat..

1- Jangan pakai baby oil untuk rambut. Sebabnya, baby oil itu hanya membuatkan rambut menjadi keras. Biarpun nampak kemas dan membuatkan rambut nampak shining-shining, tapi baby oil tak menjaga rambut anda. 

2- Jangan memakai shampoo with conditioner 2-in-1. Alasan? Tatau:P

3- Basuh rambut dengan air sejuk. Air panas hanya akan membuatkan rambut gugur dengan lebih banyak lagi. Ary suka sangat mandi dengan air panas. Bahagian tengah rambut pun hampir botak. Baru umur 21 tapi dah botak= ="


Itu je lah yang amoi comel tu share^^  Ada lagi tak yang korang tau?

Wednesday, 5 September 2012

Like Father Like Son


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^v


Ishhhh.. Sepanjang melukis gambar ayah, air mata ary asyik mengalir. Entah kenapa dan entah hape-hape entah. Maybe sebab perasaan ary turut dipengaruhi lagu yang ary dengar semasa melukis gambar ni - seperti dulu


Dulu, ary pernah post gambar atok ary yang ary tak pernah jumpa. Ayah meminta ary melukis gambarnya untuk diletakkan sebelah gambar atok. Seolah-olah mereka mengambil gambar bersama-sama. 




Ayah memang cukup sayang dengan arwah atok. Mungkin kerana atok meninggal dunia ketika ayah masih muda. Malah, kalau dengarkan cerita ayah tentang atok yang dulu merupakan seorang tentera, dalam hati ary - like father like son betullah. Yelah.. Manakan tidak.. Ketegasan arwah atok diwarisi ayah. 


Dulu, ary takut sangat dengan ayah. Sekarang, no more sebab dah besar. Ehhhh.. besar bermaksud dewasa. Bukan maksud besar kepala. Cuba lah besar kepala.. Nak kena sepak dengan ayah?? HOhohohoXD

Sunday, 5 August 2012

Lukisan di Hujung Minggu


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Hujung minggu - Boleh jadi ada yang habiskan masa dengan tidur. Ada juga yang mungkin pi meronda beli baju raya, atau ada yang meniaga. Ary tolong ibu buat kuih raya. Terus-terang, untuk berada di dapur dan masak adalah bukan kemahiran ary. Tapi memandangkan adik tak ada, tugas ary adalah untuk assist ibu buat kuih raya.


After habis buat kuih, ary mula kan melukis. Actually, sambung lukisan semalam yang ary baru lukis separuh. Better lah dari sebelum ini. Memandangkan ary agak tidak rajin untuk membuat strokes menggunakan photoshop, ary mengambil keputusan untuk lukis menggunakan software Paint Tool SAI
Nampak juga bentuk muka manusia dan bukan kartun macam dulu^^

Thursday, 19 July 2012

Nak Release Stress Tapi Bertambah Stress??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^




Salah satu cara untuk ary light up my mood adalah dengan cara melukis. Tapi, rasanya, kali ni melukis telah menghilangkan mood lagi, ada lah o_O  Kes lukis gambar tak close up.. Plus tak menjadi.. Nampak kartun,kartun dan kartun. Huh= =" 

senget! rasa nak delete balik je entry ni= ="

Monday, 9 July 2012

Art Trade Doodle 3 Warna Kini Dibuka^^


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^




Baru-baru ni, ary join group Dudel Doodles di mana doodler-doodler baru dan lama berkumpul. Ala-ala WeLoveArts juga lah. Group dudel doodles ini diasaskan oleh AzzahSaid pemilik sayurlemak.blogspot.com.


Baru-baru ini azzah ada ajak untuk art trade doodle 3warna^^ Secara automatiknya, ary melukis dan nak trade dengan azzah biarpun tak dijemput secara personal:P



Wednesday, 4 July 2012

Happy Birthday to....


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat petang^^


Ary nak ucapkan selamat hari lahir kepada salah seorang rakan blogger iaitu... Alynn Nyzaa^^ Hari ni alynn kata dia officially 20^^ Ishhh... Muda lagi tu.. Tapi dah masuk PULUH. Dah tak ada BELAS lagi dah. Oleh itu, tak payah nak rasa BELAS kasihan lagi kat dia:P


Apapun, semoga Alynn dapat menempuh dugaan sebagai seorang dewasa dengan penuh matangnya. Ye lah.. Bila dah makin dewasa, makin banyak benda yang perlu di ambil kira. Sebagai hadiah atas ulangtahun kelahiran alynn, ary lukis kan doodle BIRTHDAY khas untuk alynn. Harap suka^^




Lepas ni, nak buat design sampul surat and kad raya blog pula^^  Insya-Allah, ada kad raya untuk korang^^

Kata Orang Tua-tua Tentang BUTTERFLY


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari rabu^^




Kata orang tua-tua, kalau butterfly masuk rumah, maknanya ada orang nak datang rumah. Jadi, setiap kali butterfly terbang masuk rumah waktu ary kechik-kechik dulu, kitorang adik beradik pakat tutup pintu, langsir, etc. Sebab malas nak layan salesman or sesiapa yang datang waktu ibu ayah tak ada kat rumah. HahahaXD

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com