Tuesday, 30 October 2012

Pengalaman Interview untuk Internship Halim&Lee Chartered Accountant


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


"Ary, ada presentation ke?"

"Weyh, comeyh nya hari ni. Present apa?"

"Presentation subjek apa ni?"


Semua duk ucapkan good luck pada ary untuk presentation. Sedangkan ary nak pergi interview untuk internship. Yelah. Memang jarang nak nampak ary pakai formal. Kalau ada presentation pun, lebeyh-lebeyh ary akan sarung kemeja dan jeans. No slack. Tapi untuk interview kali ini, ary pakai kemeja dan slack. Kasut hitam berkilat lagi. Hehehe. 


Mesti ramai yang pelik. Setakat internship je pun. Siap nak interview. Ary pun pelik juga sebenarnya. Tapi bagus lah juga. At least, boleh ary siapkan diri untuk interview kerja nanti. Jadi, interview pertama ary adalah di Halim & Lee - sebuah chartered accounting firm yang terletak di Phileo Damansara 1.




Interview berjalan lancar. Kebetulan, ary di-interview oleh Audit Manager Halim&Lee iaitu Mr Vincent. Hanya soalan-soalan tipikal yang ditanyakan iaitu tentang diri sendiri, isu elaun, etc. Tiada soalan teknikal yang ditanyakan kecuali soalan asas pengetahuan akaun - soalan debit credit yang mudah. E.g belian, depreciation, disposal.


Staff di Halim&Lee juga ramah dan murah dengan senyuman. Malah, firma ini mempunyai tenaga kerja yang balance. Means that melayu=cina. So, tak ada lah rasa ada racism di situ.


Jika orang tanyakan ary, adakah Halim&Lee adalah pilihan yang tepat untuk buat intern, melalui soal jawab dengan audit manager sendiri, ada beberapa faktor perlu diambil kira:
  • Elaun untuk audit trainee adalah RM500 sahaja. Ary letak RM600++ dalam form. Mr Vincent tu awal-awal dah inform pasal elaun, tak tahu dapat or tak amaun yang ary state tu.
  • Audit trainee akan diberi latihan menggunakan software audit yang digunakan syarikat tersebut.
  • Pengangkutan. Memang dekat dengan UM tapi tiada public transport kecuali teksi. Kenderaan kereta tidak digalakkan kerana parking berbayar dan bukan free of charge. Ary dan kawan dicaj RM5 untuk parking kami yang hanya selama 2jam tu. Untuk motor, kira ok lah. 
Jawapan untuk interview akan diberitahu hujung minggu ni. Ary pula baru sahaja terima panggilan untuk interview SMART FOCUS pada petang ini. Harap segalanya berjalan lancar seperti semalam. Aminnnnn...

12 comments:

Anisa Anuar said...

nice one....good luck..

Dayang Deno said...

mudah-mudahn dapat... amin.. :)

kucing hitam said...

All the best..! :D

dtg sini baca entry n follow..=)

Aujinz said...

good luck Ary

maszull said...

assalamualaikum ary...mudah2an berjaya yer...:)

nazrul ali said...

goodluck

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Nak tanya sikit, dapat tak intern dengan halim & lee tu? awak tau x klu fresh grad kat sana offer salary berapa?

ary_lee said...

Anon: Saya dapat tapi saya reject^^ Dapat peluang lebih baik..

Maaf. Ary tak tahu fresh grad salary di sana^^

fadzilah norizan said...

Salam,awak.....boleh x sy tau berapa elaun if buat intern di smart focus?n end up awk intern kt mne?ok x tmpt awk intern n bp elaun?actually sy pun student account jgk..tgh cr tmpt intern n kne pgl interview smart focus jgk....

ary_lee said...

If buat intern kat smart focus,dia bg rm600. Kte knon nk up ikot performance bt i dun believe it.

http://arisyalee.blogspot.com/2012/11/pengalaman-interview-untuk-internship.html?m=0

Anonymous said...

salam nk tanye.. mcm mane apply intern halim n lee yee..just email dkt email address provided dkt ctct or kena call dulu.. n lagi satu nk tanye feedback dye lame x??

ary_lee said...

Dah lupa lah, awak. Better awak call dulu, and tanya macam mana nak email and hantar resume :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com