Friday 8 February 2013

Bukan Setakat Alhamdulillah Selepas Bersin


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Selalunya, kebanyakan umat Islam akan mengucapkan Alhamdulillah yang bermaksud segala puji-pujian kepada Allah s.w.t. Kalau non-muslim pula, mereka akan mengucapkan Excuse me~ 


Sebab Ucapkan Alhamdulillah.

Ary pernah terbaca satu fakta bahawa jantung manusia berhenti seketika semasa bersin. Ibaratnya mati sebentar. Jadi, umat islam digalakkan untuk mengucapkan Alhamdulillah bagi mensyukuri peluang kehidupan  semula yang diberi Allah s.w.t selepas bersin.


Fakta kedua adalah, perbuatan bersin itu dikatakan dapat menghembus keluar bakteria-bakteria yang ada dalam badan yang mampu memberi penyakit. Jadi, Alhamdulillah kerana Allah s.w.t memberi peluang untuk bersin supaya menjadi lebih sihat.


Ketiganya adalah kerana perbuatan bersin itu sendiri disukai Allah s.w.t. Pernah terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap" 
- Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad.


Ucapan Selain Alhamdulillah

Ramai yang dah tahu amalan baik ini iaitu mengucapkan Alhamdulillah sejurus selepas bersin. Tapi ramai yang tak tahu amalan baik selepas bersin bukan terbatas pada ucapan Alhamdulillah sahaja. Malah, boleh disambung dengan kalimah Yarhamukallah (Semoga Allah memberi rahmat kepadanya) & Yahdikumullah Wayuslihu Balakum ( Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).





Amalan baik ini turut disokong dengan sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Jika seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin pula hendaklah mendoakannya dengan menyebut Yarhamukallah. Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya menyebut Yarhamukallah, maka hendaklah dia mengucapkan Yahdikumullah Wayuslihu Balakum".
- Riwayat al-Bukhari.


Mungkin agak sukar untuk mengamalkan amalan baik ini biarpun ayatnya pendek2 sahaja. Tapi kata orang, Allah s.w.t akan sentiasa membantu jika ianya adalah sesuatu yang bermanfaat. In shaa Allah^^

9 comments:

Unknown said...

Bagus ary sharing benda ni..ramai org buat-buat lupa

~cintaBlog~ said...

walaupun simple tapi alhamdulillah berkongsi..

Syuhada Nasya said...

waw ! hehehe

cci said...

sharing is caring.. ehehe.. tq..

Dayang Deno said...

terima kasih ary.. info yg bagus! dapat satu lagi ilmu kat sini :)

Cik Kay Jue said...

thnks for sharing ary.. first time tau fasal sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:

"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang yang bersin dan membenci orang yang menguap"
- Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad.

:)

aisyah fashadeland said...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?

Tinta Lana said...

Salam.

InsyaAllah..boleh diamalkan.. :)

#Ary, riswin tu sepupu ary ke.. lana ingatkan bestfriend tak pun classmate,hehehe. Sihat dah ke dia?

Riswin Zahari said...

Haha! Babah salu ckp yarhamukallah...
bila anak2 dia bersin...
Tapi ank2 dia buat dekkk je pastu.. hihih! =D
Now bru tau ap yg patut diucapkan..
Thnx Ary~ ^_^

Hi Lana, ris da sihat dah..inshaAllah.. ^_^

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com