Monday 18 February 2013

Chatime, Gong Cha, Cool Blog dan Sewaktu Dengannya



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Ramai yang dah sinonim dengan nama Cool Blog. Malah, kepopularan biji-biji hitam dalam minuman Cool Blog dihangatkan lagi dengan kemunculan Chatime dan Gong Cha. Halal atau tidak? Bukan itu isu yang ary nak tampilkan. 




Tertarik dengan penulisan KhairulNizam Bakeri melalui salah satu kispen yang dimuatkan dalam Cerpen. Kispen yang bertajuk "Pujaan".


... Apa yang ada di Chatime?

Teh. 
Jadi apa yang istimewa minum di situ? Sebab kamu dilihat ikut arus semasa. Sebab kamu tunduk menyembah jenama yang dianuti oleh manusia serba urban. Nampak moden dan ranggi. Nampak up-to-date. Kamu akan ketawakan kawan-kawan kamu yang tak pernah dengar Chatime.

Persoalannya, adakah benar apa yang dicoretkan penulis? Urmmmm.. Mungkin ya. Mungkin tidak. 

Ary turut tergolong dalam golongan mereka yang beratur beli chatime, cool blog, gong cha dan sebagainya. Tapi kalau dah panjang sangat, tak kuasa juga. Tapi kenapa ary membeli? Tak pernah pula ary beli atas sebab trend dan sewaktu dengannya. Sebab rasa menepati mungkin? Pelbagai rasa terbit pada tekak yang berbeza.

Perrggghhh.. Kenapa ayat penuh taman bahasa ni? Pengaruh penulisan cerpen^^

7 comments:

Athirah said...

hmm, pendapat ari betul ada betulnya,, ikut tekak masing2.. kalau tekak saya, memang tak la air macam ni, xkira jenama apapun, motifnya sebab tak suka yg marble2.. geli je nak gigit..hik2... and satu lagi, tak suka ais and tak suka minum lambat2 ni n err.... byk lak tak suka...haha

Mek Onie said...

tak penah lagi try chatime tu...... huhu

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

chat time n gong cha xpenah minum, kalau minum cool blog mesti pk dia bt drpada apa ek pearl ne.. xsuka sgt pearl sb rasa lain mcma.. buat main2 kat dalam mulut je.. betul tu kdg2 dr penulisan dapat pengaruh org ramai.. hati memg nak try chat time tp confem somi jeling2 nanti

Dayang Deno said...

hmm.. dneo hanya pernah minum cool blog dan air bubble kat jusco tuh... gong cha tak pernah pulak.. masing2 ada citarasa sendiri.. deno tak minum selalu, kadang2 je la.. air bubble pun deno minum timke ke kl je sbb di terengganu just ada cool blog.. heeee^^

Unknown said...

minum jugak . tp biasanya minum bubble shake kat Uni . sama je macam cool blog . tapi cool blog mahal sikit..

Tinta Lana said...

Salam.

Ary, dengan ini sya ingin mengumumkan, saya tak pernah cuba mana2 yang tersebut,menyebut dan disebutkan diatas,hahahah

Pandangan ary, pandgn khairulnizm tu,dua2 leh terima. Pandangan lana pulak, manusia sentiasa cipta sesuatu, yg dicipta mndtgkn kebaikan dan kburukn. Yg pnting ambik yg baik.

Dah..semangat nak mengomen guna taman bahasa gak ni,hahaha

#pasal template, nanti lana buat entry ya ^_^

Aujinz said...

Cool Blog dan Chatime dah rasa.... Gong Cha belum... takde apa yang special...

beli chatime pun, tak mintak depa topping pearl tue... koh koh koh

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com