Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

Tuesday, 22 April 2014

Before and After - Bukan Iklan Promosi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Sejak kerja after graduates, makin mengembang pulak rasanya. Semua jeans yang dulunya memerlukan tali pinggang untuk men-support, kini dah tak boleh pasang butang. Apa cer? = ="







"Ary, belilah jeans baru. Baru selesa sikit pakai,"

"Nanti kurus balik, macam mana?" *dengan penuh yakin. confident itu penting! *

"Beranganlah nak kurus balik," 

Heh!

Friday, 11 April 2014

Fenomena Sakura di Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^









Thursday, 10 April 2014

Jangan tunggu lama-lama!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat petang^^


Semua blogger mesti pernah mengalami situasi ni. Kadang, bila ada idea, ada je benda yang menghalang. Dan bila kelapangan, idea itu vanished macam tu je. Kadang, bila dah catit di mana-mana, mood menulis pula tak ada.


Macam ary, ary ada taip a few things dalam phone. Kononnya, supaya idea tu tak hilang. Tapi, masalahnya, bila ada masa dan peluang, tak rasa nak update pula. Ada je yang tak kena. 




Oleh itu, bila dah ada idea tu, jangan ambil masa lama-lama. Terus je update. Macam hidup ni juga. Konon masa menunjukkan awal lagi. Waktu solat panjang lagi. Tapi bila out of sudden banyak kerja, sibuk nak kejar deadline, lalu terbabas. Maka kesimpulannya, jangan tunggu lama-lama dan jangan tunggu sampai dah berada di atas tebing, baru nak berlari ke tengah. 


Manusia selalu kata, "Tak apa. Kita muda lagi. Enjoy dulu,". Tanpa memikirkan bahawa malaikat maut menjenguk sepanjang masa. 

Thursday, 27 December 2012

Ary Bond Part 2


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Demam James Bond tak habis lagi. Tiba-tiba ary bertukar nak jadi agen tapi bukan agen 007. Tapi 008 Sebab nya ary suka dengan number 8^^













Thursday, 4 October 2012

Thursday, 20 September 2012

Tuesday, 14 August 2012

Sudah Terang Lagi Bersuluh..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^





Sudah Terang Lagi Bersuluh
Pemahaman ary: Waktu exam, tulisan tu biar terang. Kalau tak terang, suluh lah pakai torchlight nuh.

Saturday, 30 June 2012

Gila Akibat Daya Imaginasi Tinggi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari sabtu^^


Ramai yang kata ary gila. Mana tak nya. Secara tiba-tiba gelak tanpa sebab (bagi mereka). Sedangkan mereka tak tau apa yang bermain di fikiran ary ni. Huhuhu. Ni kes kuat berangan lah ni. Kategori mat jenin:P




Macam mana ary boleh ter-imagine situasi atas tu? Semalam, waktu teman ibu beli barang-barang dapur, handphone ary terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai. Kemudian, after beli dan blah dari pusat shopping tu, kitorang se-family plan nak makan asam pedas. Secara automatik ary ter-imagine seperti situasi atas nuh dan ketawa sambil tersengih-sengih. Adik ary pandang pelik, kau ni pehal? HohohoXD


Errr... Xkelakar eh? Urmmmm.. Selalu macam ini = ="

Thursday, 28 June 2012

Contest: Kami BFF(!)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Hari ni teringin nak lukis komik, jadi sambil-sambil lukis tu, ary cadang nak masuk contest ni. Sambil menyelam minum air^^




Bercakap tentang kawan baik, ary ada ramai kawan baik dari ary sekolah darjah 1 hingga sekarang. Yang dah habis sekolah pun, still contact. Tapi dalam ramai-ramai kawan baik, ni ada seorang ni yang ary rasa betul-betul ngam. Siapa lagi kalau bukan sepupu ary a.k.a jiran blog ni - Dr Riswin^^  


Kami bukan setakat baik di dunia maya tapi dalam dunia realiti. Memang kamcheng habis ar. Ary sangat selesa dengan dia. Sangat selesa sampaikan berlaku insiden-insiden sengal macam dalam kartun ary ni. HahahaXD






Gambar? Kartun tu kira gambar lah kan? HohohoXD Gambar betul ary nak edit untuk contest lain pula. Tak best lah nanti letak gambar sama je kan? Nak join? Klik sini^^


Updated: Nak tag semua yang baca^^ Kira tag juga kan? Jadi anda yang membaca, anda di-TAG!

Saturday, 5 May 2012

Tak Kelakar Ponnn...





Situasi di atas selalu terjadi pada ary. Ary tak tahu di mana silap nya. Mungkinkah cara penceritaan ary silap? Apa pun, misi ary untuk membuatkan seseorang ketawa akan tercapai bila ary cakap "Ok, tak kelakar"

Thursday, 26 April 2012

Sila Jangan Tertipu 2





Ary memang seorang yang cerewet. Pantang nampak barang yang tak sepatutnya ada di kawasan tersebut, mesty ary akan cakap 'Ni siapa yang ambil barang tapi tak pandai letak balik ni?'.. Tapi ada sesuatu yang cukup liat ary nak buat iaitu lipat baju. Huhuhu. 


Bercakap tentang kemas, seorang perempuan sepatutnya boleh menguruskan dirinya sendiri. Ary jadi pelik bila ada perempuan yang boleh tinggalkan bekas makanan nya sampai jadi berkulat. Kadang, seminggu after makan, baru basuh bekas tu. Ish ish ish.. Dahsyat.. dahsyat..


Ary kenal sepasang couple ni. Pakwe dia, pehhhh.. punya lah pembersih. Memang kawan laki ary yang lain pun kata bilik pakwe tu SANGAT 100% bersih macam bilik perempuan. Tapi yang makwe tu, errrr.. kain baju yang dah pakai main campak atas katil, tisu-tisu yang DAH pakai berselerak atas meja dan lantai. Kontra giler dengan pakwe dia tuh.


Oleh itu, wahai rakan-rakan wanita, untuk menjadi seorang yang bijak mengurus sendiri. Supaya keluarga kita nanti tak adalah huru-hara dibuatnya^^

Tuesday, 24 April 2012

Gila Segmen



Mesty korang pernah jumpa blogger macam ni. Blog dia penuh dengan entri segmen. Kadang-kadang satu hari sampai 4-5 segmen dia join. HUhuhuhu. Diakui segmen sedikit sebanyak menaikkan trafik blog dan memperkenalkan blog korang pada public. 

Ary pun aktif juga join segmen. Namun begitu, before join sesuatu segmen, ary fikir terlebih dahulu-Mampu ke ary habis blogwalking ke blog peserta lain. 

Sebabnya.. ary penah terbaca,.. Tak ingat dari blog sape. Bila join segmen ni, kita ibarat diberikan amanah untuk terjah blog orang lain. Barulah objektif join segmen tersebut tercapai. Bukan setakat join dan buat entri, kemudian, buat tak tahu sahaja. 

Jika kita mengharapkan orang untuk datang ke blog kita tanpa kita perlu blogwalking ke blog mereka, memang payah lah kan? Jangan asyik menunggu trafik tapi melingkau macam ulau tak buat apa-apa *Errrr.. ayat apakah itu??*

Monday, 23 April 2012

Sila Jangan Tertipu




Kalau orang baru kenal ary, mereka akan menyangka yang ary fokus setiap masa dalam kelas. Realiti sebenar: Tak ada maknanya! 

Ayah ary sendiri cakap yang ary memang dari kecil ada masalah FOKUS. Bayangkan, dari sekolah rendah hingga sekarang, ary akan tidur dalam setiap kelas. 10minit pun jadi lah. Sekarang ni, habit tidur tu dah berkurang tapi ary akan main game, or melukis benda-benda sengal. 

Yang paling tak boleh blah, even dalam exam pun, ary tak boleh fokus. Mesty tidur biarpun sekejap. Tabiat tidur waktu exam berlarutan hingga sekarang. Haiiissshhhh.. Apalah nak jadi dengan ary ni = ="

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com