Friday, 26 September 2014

Tips for Brokenhearted - Phase 1: Dalam Kenangan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Hari ini jumaat. 


 TGIF? Mungkin untuk sesetengah orang. Mungkin juga tidak untuk yang setengah lagi. Dalam kegembiraan dan indahnya cahaya berseri-seri, ada yang duduk menyendiri. Memandang sepi dunia dengan fikiran yang kosong. Patah hati mungkin? 


Mungkin ada dari kalangan "sendiri" itu, sedang baca tulisan ini. Gara-gara mengoogle - "Cara-cara melupakan si dia", "Tips Putus Cinta", etc etc. Sangat cliche kan? But then, thats the reality. Manusia akan mencari jalan untuk keluar dari kekusutan. Tapi adakah dia pasti dia akan bebas?


Murung. Stress. Depressed. Sedih. Kecewa. Memberontak. Meraung. 


ihsan: Google


Itu semua tanda-tanda anda seorang yang normal. Itu memang normal bila kita kehilangan seseorang dari sisi. Lagi-lagi seseorang yang sering ada menemani. Bertambah syahdu.


"EVEN THINGS THAT DO NOT REMIND ME OF YOU,
REMIND ME OF YOU."


Semua yang dibuat serba tak kena. Pergi mana-mana pun, teringat dia. Malah, seakan bayang dia di mana-mana. Waktu tu, hampir semua orang muka macam dia. Hati menjadi rindu. Kata hati, aku nak kembali hidup aku yang dulu. Tapi betul ke yang kau mahu hidup kau yang dulu? Atau kau rindu perjalanan hidup tika dia bersama?


Tanya soalan itu kembali pada diri kau.


ihsan: Google

 
Dalam fasa ini, kehidupan tidak menentu. Makan minum tidak terjaga. Mungkin juga terlebih makan. Pakai kau tak bersiap. Dan adakalanya, keanak-anakan terserlah. Bila rindu, kau memandang telefon, menunggu kalau-kalau ada mesej dari dia. Berharap. Status "last seen" pada Whatsapp dan wall FB dia, puas di-stalk.  Akhirnya, nombor dia kau dail. Ya. Nombor tu. Nombor yang kau dah delete and save banyak kali.


Tak apa. Kau dibenarkan untuk buat semua tu dan bersendu. Kau rasa nak menangis? Menangis lah. Rasa nak habiskan masa dengan tidur? Tidur lah. Rasa nak bunuh diri? Tanya diri - Is it worthy and are u really sure? Pastikan kau jawab tika kau masih dalam akal yang waras.


Psstttt.. What's your weekend plan?


1 comment:

CXopportunities said...

itulah kita panggil sebagai ragam kehidupan seorang manusia :)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com