Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^
Pejam. Celik. Pejam. Celik. Jarum jam berputar terasa semakin laju.
Dalam tidak sedar, ary akan turut meninggalkan Kuala Lumpur dan pulang ke Melaka untuk selamanya. In shaa Allah. Ikutkan hati memang berat untuk meninggalkan ibu kota ini. Ramai kata, lebih besar punca pencarian rezeki di sini. Tapi cukup lah buat ary.
Dalam masa 5 tahun di Kuala Lumpur, ary akui banyak yang ary dah lalui. Pelbagai perasaan. Segalanya bercampur-baur. Yang dicinta kan pergi, yang didamba kan hilang, hidup kan terus berjalan, meski penuh dengan tangisan.
Berbaki kan dua bulan, ary sedang menyiapkan semua yang perlu. Antaranya, farewell gift untuk partner ary. Menangis sambil melukis, mengenangkan segala kebaikan dan tunjuk ajar. Susah senang berdiri menguatkan organisasi.
Adehhhh.. Penatlah dengan emosi ni.
No comments:
Post a Comment