Showing posts with label nota untukmu. Show all posts
Showing posts with label nota untukmu. Show all posts
Wednesday, 4 November 2015
Kosong itu kesalahanku
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat^^
Aku kembali menulis
Memenuhi waktu dan masa yang aku punya
Masa yang terluang
Membuat hati merasa kosong
Kesilapanku membiarkan masa ku tidak terisi
Lalu itu yang mengundang rasa gusar
Kebahagiaan terpinggir
Tak mampu mengukir senyum
Lalu ku putuskan kembali di sini
Menulis apa yang aku rasa
Puitis. Ha-ha =.=
Thursday, 16 October 2014
Bridget Menezes - Penulisan Inspirasi Motivasi
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Bridget Menezes. Yang membaca akhbar The Sun pasti mengenali penulis ini. Beliau merupakan penulis buku "Second Edition of Self-Empowerment and Spiritual Counsellor". Dalam kata mudah, beliau adalah penulis buku genre motivasi.
Ary tidak pernah miss out akhbar The Sun pada setiap hari Isnin, sebab ruangan penulisan beliau adalah hanya pada hari Isnin. Penulisannya seperti memberi inspirasi dan seperti mempersiapkan diri untuk berjuang dalam realiti. Antara rencana penulisan beliau yang dapat menarik perhatian ary adalah "Let's aim to be the better person".
Baru-baru ini, ary terbaca ruangan beliau dengan topik "Seek the positives in our thoughts". Penulisannya berbunyi,
"To have positive thoughts for the self is to be a well-wisher. This means being the one who fills hope in the other who is without hope. Such a person is able to fill even weak ones with her/his own treasures of pure thoughts, helping them to move forward."
Remember, there is always a hope for everything. Harapan selalu ada.
Thursday, 3 May 2012
Manipulasi Cerita - Menyedapkan atau Menfitnah?
Manipulasi cerita - menambah tolah sesuatu cerita. Selalunya wartawan akhbar atau majalah selalu lah buat benda ni. Terutama sekali wartawan hiburan. Kononnya nak nampak cerita tu panas atau sensasi, ada je unsur-unsur manipulasi sesuatu cerita.
Contohnya, bila seorang artis datang ke rumah, dikatanya 'ARTIS BUKAN MUHRIM BERSEKEDUDUKAN'. Tajuk nak hot je. Sedangkan artis tu datang untuk ziarah. Then artis tu berteman pula tu waktu datang. Kan dah jadi fitnah namanya?
Blogger pun perlu elakkan manipulasi sesuatu cerita ni. Takut-takut nanti bila cerita yang salah disebar-sebarkan, tak pasal-pasal dapat dosa^^ Perlu ingatkan diri: Saya Bukan Blogger Murahan yang Mencari Cerita Murahan. Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal^^
Thursday, 16 February 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)

