Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat menyabtu semua!
Semalam ary ada tanyakan apa 1st impression mereka-mereka bila pertama kali masuk blog ary lee. Terima kasih buat mereka dan mereka yang telah memberikan pendapat. Sangat ary hargai^^ Belum beritahu 1st impression korang pada blog ary? So, boleh habaq mai kat entri ni - Apa 1st Impression Korang pada Ary Lee?
1st impression. Situasi klise yang sering dikaitkan dengan kepentingan 1st impression adalah semasa temuduga. Waktu tu, 1st impression orang interview kita selalunya akan menentukan kerja tu dapat pada kita or orang lain. Sama juga dengan dunia blog. 1st impression semasa orang datang blog kita akan tentukan orang tu akan datang semula ke blog kita atau tidak.

Ary beri contoh situasi yang berlaku pada diri ary. Semasa ping di FB, ary akan singgah ke 1 atau 2 blog yang ada di group tersebut. Bila ary masuk blog yang berat dan loading yang lama, ary akan mempunyai 1st impression yang tidak bagus pada blog tersebut. Itu membuatkan ary tidak akan lagi klik entri yang di-ping oleh individu tersebut sebab ary beranggapan kejadian yang sama akan berulang semula.
Bukan setakat loading yang lama sahaja. Malah, faktor lain yang akan mencipta 1st impression yang tidak baik pada blog adalah:
- Terlalu banyak widget - turut sebabkan loading lama
- Music player tiada button pause/lokasi music player sukar dicari/lagu meng-kacaukan jiwa pembaca
- Entri panjang tidak berperenggan - Membuatkan pembaca malas baca
- Gambar yang membuatkan orang meluat - gambar hug2,kiss2,
makan penyepak kang baru tau - Nak tambah?
Kadang, pengisian yang baik pada blog tidak dapat memancing pembaca yang mempunyai 1st impression yang tidak baik pada blog.
