Thursday, 3 May 2012

Manipulasi Cerita - Menyedapkan atau Menfitnah?





Manipulasi cerita - menambah tolah sesuatu cerita. Selalunya wartawan akhbar atau majalah selalu lah buat benda ni. Terutama sekali wartawan hiburan. Kononnya nak nampak cerita tu panas atau sensasi, ada je unsur-unsur manipulasi sesuatu cerita.


Contohnya, bila seorang artis datang ke rumah, dikatanya 'ARTIS BUKAN MUHRIM BERSEKEDUDUKAN'. Tajuk nak hot je. Sedangkan artis tu datang untuk ziarah. Then artis tu berteman pula tu waktu datang. Kan dah jadi fitnah namanya?


Blogger pun perlu elakkan manipulasi sesuatu cerita ni. Takut-takut nanti bila cerita yang salah disebar-sebarkan, tak pasal-pasal dapat dosa^^  Perlu ingatkan diri: Saya Bukan Blogger Murahan yang Mencari Cerita Murahan. Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal^^ 

Wednesday, 2 May 2012

Jangan Panggil Mereka INDON!




Pernah ary terpanggil seorang gadis indonesia dengan gelaran INDON. Terus ditegur supaya tidak menggelarkannya INDON. Bagi rakyat Malaysia, memang perkataan indon tu dah sinonim untuk menggelarkan mamat-mamat dan minah-minah Indonesia. 


Rupa-rupanya rakyat Indonesia tidak selesa bila dipanggil dengan gelaran Indon. Ary ada menjumpai beberapa laman web tentang isu ini. Ternyata, ada yang tidak selesa dengan panggilan itu. Perkataan INDON itu bagai merendah-rendahkan masyarakat Indonesia. 


Jadi, ary nak berpesan supaya elakkan penggunaan perkataan indon tersebut. Seeloknya disebut penuh iaitu-Indonesia. Takut-takut kalau ketika bercuti di Indonesia, terlepas perkataan INDON di mulut, memang cari nahas dengan orang sana lah jawabnya^^

FB Login Problem = ="




Pada mulanya ary ingat nak buat wordless wednesday je menatang ni. Tapi memandangkan tahap kegeraman ary dah melampau, ku teruskan jua bebelan ini.


Ary hormati usaha facebook untuk mengesan multiple accounts yang tidak bertuan. Namun begitu, bila dah masuk number phone, tak bagi plak CODE yang sepatutnya. And now ary dah tak boleh login FB dah. No more WLA= ="


Malas lah nak buat account baru. Jadi kawan-kawan, beramai-ramailah tinggalkan FB. Sekian, terima kasih. *ok.. Baru rasakan entry ini entah hape-hape. Ampun maaf dipinta, selamat hari raya.

Photoshop: Cara Membuat Efek Rubber Stamp


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t




Sebenarnya ary nak kongsikan teknik membuat efek rubber stamp. Rubber stamp? Apakah itu?? Rubber stamp tu benda yang korang panggil cop tu. Jadi hari ni kita akan buat cop berbentuk bulat^^


Untuk menampakkan efek sepanjang pembuatan rubber stamp ni, korang disarankan untuk buat atas texture kertas. Kalau susah sangat, pakai je texture ni.



Kemudian, korang boleh memilih ELLIPSE TOOL dan lukis bulat di atas paper texture tersebut. Sambil korang lukis bentuk bulat tersebut, sila tekan SHIFT bersama supaya dapat bentuk bulat dan bukan bujur. Guna warna apa-apa pun tak apa. 



Selepas nampak bentuk bulat tersebut, korang tetapkan 0 untuk opacity FILL bentuk bulat tersebut. 



Klik Blending Option dan tetapkan STROKES untuk bentuk bulat tersebut. 



Duplicate bentuk bulat tersebut. Untuk lebih mudah, klik ctrl+j. Ubah saiz salah satu bentuk bulat tadi menjadi lebih kecil. Selalunya kita cuma tekan ctrl+t untuk ubah saiz tapi sekarang semasa tengah adjust saiz bulat tersebut, klik shift+alt supaya center bulat tersebut tidak berubah.



Pilih Horizontal Type Tool untuk memasukkan teks. Sebelum memasukkan teks, letakkan cursor korang di center garisan bulatan yang berada di dalam. Barulah teks korang tu akan follow bentuk bulatan tersebut. If not, tulisan korang tu akan jadi melintang dan tak ada shape. Perbezaan nya korang dapat lihat seperti di bawah.

Result = A++

Result = ?? *silaplah ni = ="

Jika tulisan korang ditimpa garisan bulatan bahagian dalam, korang boleh resize bulatan bahagian dalam tersebut. Tetapi harus diingatkan untuk tekan shift+alt supaya center bulatan tidak berubah.


Sebelum ke efek seterusnya, korang perlu design terlebih dahulu. Jadi,contoh rubber stamp ary yang dah siap adalah seperti kat bawah ni. 


Setelah siap men-design rubber stamp korang, korang boleh MERGE kan semua layer tersebut. Apa tu merge? Merge bermaksud satukan kesemua layer menjadi satu KECUALI layer background iaitu paper texture tadi. 

Contoh layer yang telah disatukan

Ary apply kan gradient overlay pada layer yang telah disatukan tadi. Ary memilih warna merah. Konon-kononnya pakai stamp pad warna merah lah kan? Selepas itu,gunakan ERASER TOOL. Tetapkan setting Mode:Pencil, saiz:1. Padam lah seperti orang yang tengah mengamuk untuk menghasilkan efek yang lebih realistik. Contoh rubber stamp ary adalah seperti di bawah.



Tukarkan mode layer kepada Dissolve. Create 1 lagi layer baru dan merge kan layer tersebut dengan  layer Dissolve tadi.



Tukarkan mode layer yang telah disatukan tadi kepada multiply pula. Kali ini, kesan rubber stamp korang akan nampak lebih gelap dari tadi. Untuk menghasilkan kesan efek yang lebih real lagi, korang boleh guna smudge tools.

smudge tools


Maka,siaplah rubber stamp ringkas dari ary^^ Apa yang ary kongsi di sini hanyalah asas sahaja. Kalau korang kreatif, korang mampu untuk menghasilkan yang lebih baik dari ini.



Ini merupakan kali pertama ary buat tutorial photoshop. Hakikatnya, kalau nak printscreen semua steps, alamatnya memang sepanjang janggut tok janggut. Maaf jika ada yang terkurang. 

Selamat mencuba!
hasil tulisan arisyalee.blogspot.com