Thursday, 30 October 2014

Tips Temuduga: Soalan Umum yang Sering Ditanya


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^



Berkali-kali juga ary menghadirkan diri ke temuduga. Kadang-kadang, lepas. Kadang, sangkut. Bergantung pada tahap usaha, doa, nasib dan rezeki. Jadi, ary nak kongsi beberapa soalan popular yang sering ditanya semasa temuduga.


1 - Ceritakan sedikit tentang diri anda.

2 - Mengapa anda memilih untuk memohon jawatan ini?

3 - Terangkan potensi diri anda. (atau mungkin merujuk analisis SWOT)

4 - Kongsikan pengalaman bekerja anda sebelum atau pada masa ini.

5 - Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?

6 - Mengapa kami perlu pilih anda?

7 - Apakah perancangan karier anda untuk 10 tahun akan datang?




Itu antara soalan-soalan popular semasa temuduga. Boleh dikatakan, hampir 90% dari temuduga yang ary hadiri menanyakan soalan-soalan ini. 


Tips untuk lulus, KEYAKINAN atau dalam bahasa inggerisnya, CONFIDENCE. Dan keyakinan itu hanya akan ada jika persiapan dilakukan dengan rapi. Dan sertakan dengan doa, mohon moga-moga Allah izinkan. In shaa Allah, semuanya... Dijamin Terlajak Laris! 

Sunday, 26 October 2014

Syur Kitchen - Homemade Cookies & Cakes


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Looking for homemade cookies and cakes? Then you may find it from Syur Kitchen.




Syur Kitchen merupakan sebuah perusahaan berdaftar, milik seorang Sabah-an. Syur Kitchen sekarang ni menerima tempahan untuk cookies, kuih-muih dan juga kek. Pemilik Syur Kitchen ini dulunya pernah bekerja di salah sebuah hotel lima bintang terkenal di bahagian dapur.


Ary dah buat food-tester pada beberapa cookies dan kek yang dijual Syur Kitchen. Memang makan sekali, terasa nak beli 10 lagi. Terasa metafora sangat ayat. Haha!




Homemade tart. Even jem pun homemade wokeyyhh...


Homemade Panna Cotta with Chocolate Sauce


Jom connect with Syur Kitchen. Mana tau, in future, ada yang teringin nak rasa. 



Friday, 24 October 2014

Explore: Farewell Trip to The Atmosphere, Seri Kembangan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat siang^^


Ary berkesempatan mengisi waktu lapang semasa cuti awam Deepavali dengan mengunjungi The Atmosphere, Seri Kembangan. Landmark: Terletak bersebelahan atau belakang Giant Seri Kembangan. It can be considered as my farewell trip sebelum Ary berpindah semula ke Melaka. 


The Atmosphere terdiri dari beberapa buah bangunan yang masih lagi kosong dan hanya beberapa premis yang telah dihuni. Hairan juga... Sedangkan kawasan ini telah lama siap sejak 2013 lagi. 




Motif sebenar berkunjung ke The Atmosphere adalah untuk menikmati sendiri hasil seni 3D yang seakan-akan ditonjolkan di Laman Seni Seksyen 7 dan juga Seksyen 2, Shah Alam. Dengan kata lebih tepat lagi, untuk bergambar. Not bad juga hasil 3D di The Atmosphere. Lebih komersial.




Namun begitu, diingatkan bahawa restoran atau kedai makan di The Atmosphere agak terhad. Tapi tak apa. The Atmosphere terletak berhampiran dengan Equine Park, Lestari Perdana, dan Puncak Jalil. Kawasan-kawasan tersebut mempunyai bilangan pilihan kedai makan yang banyak. 


Yang suka bajet model atau diva, boleh lah ber-selfie atau ber-wefie di sini! Hasil seni yang paling ary suka adalah bertemakan Puppet. But then, ary nampak seperti fake sangat waktu gambar tu diambil. Kena asah bakat lagi ni.


Thursday, 23 October 2014

Tips Niaga: Mudah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat #TBT!  *Try google to know what is TBT


Yes! Setelah berjaya bertahan dari hari Isnin, akhirnya ary mampu tersenyum melihat kalendar. *Sila abaikan sengih ary yang dah sampai mata ni. Ha-ha! 


Dalam zaman yang hanya memerlukan manusia menyebut sesuatu perkataan, semua benda nak mudah je. Termasuk lah cari duit. Kalau boleh, nak goyang kaki, menunggu rezeki yang kononnya durian akan runtuh.


Macam tu juga dalam berniaga. Tips dia mudah je. Iaitu perkataan MUDAH itu sendiri. Tapi bukan mudahkan diri sendiri. Ary kata, nak mudahkan diri, peluklah mimpi. Mudahkan pelanggan, esok lusa depa mai lagi.





Pengalaman ary sendiri dalam berurusan dengan sebuah kilang printing. Kali pertama datang, diminta tukar resolution. Kali kedua datang, everything chanteq tapi bila minta buat side spot UV, diminta provide benda lain. 


Ary kata, file dalam psd format. Takkan tak boleh buat? Dia kata, tak boleh. Ary cuma senyum sambil membalas, OK. Tak apalah. Terima kasih. Adab perlu ada walaupun berambus dalam keadaan perasaan yang &*(&*&U(*!!


Ary terus tuju ke kilang printing lain yang berdekatan. Sister tu elok ja ambil pendrive ary, copy masuk PC, tulis deskripsi order, borak tanya sikit pasal order, siap tanya lagi nak bayar deposit dulu ikut suka kita. Peh! Kan senang kerja dengan orang macam ni. Tak payah banyak cerita. 





Moral of the story: Bukan mudah nak cari duit. Bersusah sikit, tak apa. Sebab hasilnya akan pasti ada. Nak buah kelapa, kena panjat pokok kelapa. Boleh pakai monyet, tapi tetap susah untuk latih. Kalau nak tunggu kat bawah pokok tu, tunggu lah sampai pokok tu beranak dua. Logik kan teori tu?  :-P

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com