Thursday, 23 October 2014

Tips Niaga: Mudah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat #TBT!  *Try google to know what is TBT


Yes! Setelah berjaya bertahan dari hari Isnin, akhirnya ary mampu tersenyum melihat kalendar. *Sila abaikan sengih ary yang dah sampai mata ni. Ha-ha! 


Dalam zaman yang hanya memerlukan manusia menyebut sesuatu perkataan, semua benda nak mudah je. Termasuk lah cari duit. Kalau boleh, nak goyang kaki, menunggu rezeki yang kononnya durian akan runtuh.


Macam tu juga dalam berniaga. Tips dia mudah je. Iaitu perkataan MUDAH itu sendiri. Tapi bukan mudahkan diri sendiri. Ary kata, nak mudahkan diri, peluklah mimpi. Mudahkan pelanggan, esok lusa depa mai lagi.





Pengalaman ary sendiri dalam berurusan dengan sebuah kilang printing. Kali pertama datang, diminta tukar resolution. Kali kedua datang, everything chanteq tapi bila minta buat side spot UV, diminta provide benda lain. 


Ary kata, file dalam psd format. Takkan tak boleh buat? Dia kata, tak boleh. Ary cuma senyum sambil membalas, OK. Tak apalah. Terima kasih. Adab perlu ada walaupun berambus dalam keadaan perasaan yang &*(&*&U(*!!


Ary terus tuju ke kilang printing lain yang berdekatan. Sister tu elok ja ambil pendrive ary, copy masuk PC, tulis deskripsi order, borak tanya sikit pasal order, siap tanya lagi nak bayar deposit dulu ikut suka kita. Peh! Kan senang kerja dengan orang macam ni. Tak payah banyak cerita. 





Moral of the story: Bukan mudah nak cari duit. Bersusah sikit, tak apa. Sebab hasilnya akan pasti ada. Nak buah kelapa, kena panjat pokok kelapa. Boleh pakai monyet, tapi tetap susah untuk latih. Kalau nak tunggu kat bawah pokok tu, tunggu lah sampai pokok tu beranak dua. Logik kan teori tu?  :-P

2 comments:

CXopportunities said...

rezeki Allah ada di mana2. inShaaAllah

ewanthology said...

kalau malas, bisnes takkan kemana.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com