Tuesday 16 October 2012

Doa Untuk Dia yang Tidak Ku Kenali


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Sebentar tadi, ary berjumpa dengan teman ary di Hospital Sungai Buloh. Sementara menunggu ketibaan teman, ary tunggu dalam kereta yang diparking berhadapan kolej kediaman UITM kampus sungai buloh. Sambil mata melilau ke sana ke sini, ary terlihat kelibat seorang budak perempuan yang memakai lab coat. 


Dalam hati ary, terdapat satu rasa. Rasa sebak dan hiba. Melihatkan wajah budak perempuan yang berbadan agak besar sedang berjalan kepenatan. Bukan nya dekat jarak hospital dengan kolej kediaman. Tambah lagi dengan keadaan kawasan itu yang agak gelap. 


Ary ingin sahaja menawarkan diri pada budak perempuan itu untuk hantar sampai ke dalam kawasan kolej kediaman. Tapi waktu tu, syaitan membisikkan bermacam-macam soalan di telinga ary sehinggalah kelibat dia yang tidak ary kenali hilang dari pandangan mata. Waktu tu kesal memeluk hati.


Tangan ary tadah. Perlahan ary ucapkan, Ya ALLAH, semoga dia akan menjadi doktor yang berjasa kepada negara, agama dan bangsa. Semoga dipermudahkan jalannya. Lindungilah dia dari segala bahaya ketika dia sedang menuntut ilmu-Mu. Dan berikanlah dia ganjaran kejayaan setimpal dengan usahanya. Amin.


Ary fahami perasaan dia. Kerana ary juga pernah berbuat begitu sebelum adanya kereta.

5 comments:

cci said...

insyallah.. amin.. :)

Izwa Kamaruddin said...

Amin ~

Momo said...

amin:)

Anonymous said...

I'd have to go along with with you one this subject. Which is not something I usually do! I enjoy reading a post that will make people think. Also, thanks for allowing me to speak my mind!

maszull said...

assalamualaikum zakia...insyaAllah amin...:)

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com