Saturday, 21 December 2013

Break Up - Simpan atau Buang?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Break up adalah suatu perkara yang menyakitkan. Orang kata, berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Berat hati mendengarkan cerita Izzue pada suatu ketika dahulu, berat lagi hati ini apabila disakiti. Chewaaah!


Perkara yang terlintas di minda apabila suatu perpisahan berlaku adalah - Nak simpan ke buang barang-barang yang dia bagi? Nak buang, sayang. Nak simpan, terkenang-kenang.


Memang. Sayang sangat nak buang sesuatu barang yang ada kaitan dengan orang yang kita sayang. Apa yang dia bagi, yang dulunya menjadi kesayangan, masih lagi merupakan kesayangan biarpun orang tuh dah berpaling. Tapi, kesannya, diri tuh tak boleh nak move on. Sebabnya akan terus teringat dan dihantui segala kenangan indah bersama.


 


Contohnya, ex-gf/bf bagi baju. "Eh, sayangnya nak buang baju ni. Boleh pakai lagi kot." Dan tanpa sedar, hati akan terkenang, "dia bagi baju ni kat aku dulu. Indah sangat waktu tuh." Hah, nampak tak tuh?


Memang lah baju tu elok lagi. Boleh dipakai dan jangan membazir. Tapi mana lagi penting? Baju atau diri sendiri? Meh ary nak tanya, kenapa perlu sayang pada barang yang tak bernyawa, yang kononnya diberi orang yang kita sayang. Sedangkan orang tuh tak pedulikan kasih sayang yang kita beri pon? Kan?~~ Kan dah membebel. HahahaXD


Bak kata lagu David Archuleta - A little too not over you; 

"Tell me why U so hard to forget
Don't remind me
I'm not over it"


Hati dan perasaan manusia ni macam memori pendrive/external hard disk. Kalau dah penuh, kena delete yang lama. Barulah boleh gantikan dengan yang baru.


Ada yang masih simpan barang zaman dengan si dia yang lama?

5 comments:

Puan Ezy said...

dh buang.. tp ade sepsng baju kurung ttp pkai smpai skrg.. haha

Tia Fatihah said...

itulah kenangan. ada kenangan yang boleh kita simpan, ada kenangan yang patut kita buang dari ingatan. benda macam ni, memang ada yang berlaku.

so, kenaa kuatlah. kalau dah nekad nak buang, kena buang betul-betul. mula-mula memang susah, memang payah. tapi bila dah lama-lama, baru kita rasa hikmahnya :)

Aujinz said...

jangan membazir, dah orang bagi, pakai jer buat dokno.. koh koh koh

Nurul Syuhadah said...

I did not get anything from Ex. but I give alot of things to them even for my current bf. hee.

So tak ada experience lagi menyimpan brg yg ex bg. haha.

Siti Anirah Azuri said...

Banyak lagi yang tersimpan ary..
3tahun lepas dia bagi RM50 untuk belanja, tapi tak pernah guna sampai skrang.. simpan buat kenangan.. even takde duit pun skrang, tak guna duit yang dia bagi.. Benda tu terlalu bernilai.. :'(

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com