Tuesday, 31 December 2013

Semua Ex Saya adalah Kawan Saya Tapi Bukan Awak..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Berjalan perlahan sambil membaca komik di tangan. Terdengar seakan suara manusia bernama lelaki dan perempuan sedang bertelagah. Perlahan langkah dihentikan. Ary mendiamkan diri, cuba memasang telinga.


"Why? Kenapa kita tak boleh jadi kawan? Macam you dengan Suzanne. Both of you pernah bercinta 5 tahun, but still you kata dia kawan you kan? But kenapa I tak boleh?"


"Sebab I betul-betul cintakan you! If I benarkan you jadi kawan I, maksudnya I have to face the truth that I can't accept! Bukan sebab I taknak, tapi I tak boleh. Just go away from here!" Ary melihat perempuan itu pergi meninggalkan lelaki yang sedang tertunduk teresak-esak. Ary kenal lelaki itu. Siapa dia? Biarkan rahsia.


"Kalau kau sayang dia, kenapa kau suruh dia pergi? Kenapa kau tak cuba stand for her? Plus, jadi kawan pun cukup kot. Asalkan dapat spend time dengan dia," Ary mula mencelah. Biarpun ary dapat lihat tangisan yang mengalir dari seorang lelaki.


"Untuk apa jadi kawan ary? Aku boleh jadi kawan dengan semua ex aku, tapi bukan dia. Sebab aku betul-betul sayangkan dia. If aku terima jadi kawan dia, hati aku ni takkan dapat baik. Aku akan terus berharap agar dia kembali pada aku. Dan hati ni masih sakit. Masih sakit,"


Ungkapan "Masih sakit" seakan-akan berdengung di telinga. Ary faham apa yang dia rasa. Kadang, kita perlu membuang seseorang yang kita sayang secara fizikalnya - Unfriend di Facebook, berlagak tidak pernah mengenali, etc. Bukannya sebab kita dah lupa pada dia. Bukan juga sebab kita dah move on. Tapi sebab kita nak kurangkan rasa sakit. Tapi pasti kesakitan itu masih ada. Biarpun hanya secebis.

3 comments:

Nurul Syuhadah said...

sedih . tapi tindakan dia betul. walau ia pahit utk ditelan, tp itu sahaja cara yg mampu legakan sedikit hati itu dari terus menahan sakit.

Tinta Lana said...

I think..i'm doin the same thing like he did..

Tapi cerita lama.. akan ada dalam peringkat usia kita, kita relakan hati untuk mengasihi dan dikasihi.

Rupanya2, sinar matahari tak sampai ke petang ary, mendung dan hujan dipertengahan hari.

Hati kita ni kan ary..depends pada kita lah mcmana nak ubatinya. Cedera,luka kecik besar, tetap ada cara nak ubatnya tu. Bergantung pda kita, selagi kita tak lalai pada agama..teruskan. Nama pun luka, ambil masa nak sembuhnya..so, bagi masa pada diri sendiri.

sha my heart said...

pada saya, biarkan dulu tak berhubung. bila hati dah ok, berkawan lagi

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com