Tuesday, 17 December 2013

Percutian di Penang | Rumah Kelahiran P Ramlee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


"Risau.. Batinku menangis risau
Makin kau jauh.. Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh dengarlah jeritan batinku"


Lagu-lagu Allahyarham Seniman P Ramlee memang cukup terkenal. Bukan hanya terkenal di kalangan mereka yang retro. Yang muda remaja macam ary pun boleh lagi menyanyikan lagu-lagu anak kelahiran Pulau Pinang ni. Jadi, dah terlanjur ke Penang ni, ary sekeluarga mengambil peluang ini untuk melawat Rumah Kelahiran P Ramlee yang terletak di Georgetown. 


Landmark: Jalan Perak, Jalan P Ramlee, Padang Brown.




Ary tak dapat pula untuk mengesahkan kesahihan yang "Betul ke rumah ni rumah ORI Kelahiran P Ramlee? Ataupun propa je??". Itu tak pasti ya. Tapi Rumah Kelahiran P Ramlee ni boleh diibaratkan seperti Muzium P Ramlee kerana ia mempamerkan liku-liku kehidupan seorang seniman dari lahir, sekolah, titik permulaan dalam industri hiburan dan detik-detik kejayaan sebagai seorang P Ramlee.






Melihatkan pakaian yang pernah digunakan P. Ramlee, begnya, biolanya, gambar-gambar nya membuatkan ary teringin untuk bertemu dengannya. Dia bukan lah seorang ulamak. Tapi masih lagi sumbangannya kepada industri hiburan atau lebih spesifik- perfileman, mampu menyentuh hati naluri kemanusiaan seseorang.


Tiada bayaran untuk masuk. PERCUMA. Dan sebenarnya dilarang untuk mengambil gambar. Tapi .. Urmmmmm... Sila jangan contohi perbuatan tidak beretika ary yeah.. Yang teringin nak tengok result peperiksaan P Ramlee, meh tengok kat SINI.

3 comments:

Zara Nurhaidah said...

oo.. bru tau tmpt ni..

Filzah Azzahra said...

wahh. seronoknya dapat pi rumah p.ramlee. rasa teringin nak ke sana

Tinta Lana said...

Salam.

Selalu tempat mcm ni, dah ada bnyk pengubahsuaian. Tapak rumah je yang ori. Tapi tak juga kan ary,hehe

Takda pi Batu Feringgi?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com