Wednesday 11 June 2014

Apa Anda Belajar dari Isu #CadburyHalal?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Nak menaip episod "SAKIT", tapi tak ada mood pula nak menaip cerita heartbroken nih. Bosan gak kan bila asyik-asyik cerita cinta? Tapi part Psiko untuk "SAKIT" masih lagi jauh. *Spoiler lah ary ni. Dush!


Beberapa minggu lepas, kecoh Malaysia dengan isu Cadbury + Halal = #CadburyHalal. Mula-mula halal, lepas tu haram, lepas tu halal balik. Senang-senang, kalau was-was, tak payah makan langsung. Lagipun kemanisan melampau itu bahaya untuk kesihatan


But the most important thing yang ary belajar dari isu #CadburyHalal ni adalah berkaitan TRUST (KEPERCAYAAN). Dalam erti kata ary - "Once you broke someone else's trust, it's hard to gain it back".




Mungkin dalam situasi ini, bukan salah pihak Cadbury. Tapi keadaan yang memaksa ia untuk jadi begini. Qada' dan Qadar kan? But, setelah situasi ini berlaku, ramai pengguna akan rasa tertipu. Meskipun cuma di'fitnah' oleh pihak tertentu, dan kebenaran telah didedahkan, peratus consumer (pengguna) Cadbury pasti turut terkesan. 


Dan ary percaya, ramai akan mula was-was dan beralih arah ke jenama produk coklat yang lain. Untuk mendapatkan semula peratusan consumer yang asal, bukan mudah. Promosi, kempen, hadiah dan pelbagai cara perlu diambil oleh pihak Cadbury.


Isu trust ni bukan setakat pada isu Cadbury je. Tapi boleh di-apply dalam kehidupan. Dalam urusan professional, ibadat, hubungan. Sebab trust tu adalah perkara asas. Macam percayanya kita akan kewujudan Dia.


2 comments:

Anisa Anuar said...

suka post ni... =)

Khamsi Abdullah said...

Ary, JAKIM sendiri pun tak makan dah. KKM pon stick dengan result dorang. So, for me...takkan guna or consume dah. Mereka menyebabkan perkara ni dalam syubhah. depends.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com