Tuesday 24 June 2014

Sambil-Sambil..


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Peribahasa ada menyebut, sambil menyelam, minum air. Malah, manusia juga suka buat 2-3 benda pada masa yang sama. Terutama sekali, sambil berbual, taip mesej. Duh!Yang itu, annoying ok? Don't ever try it.


Ada juga manusia yang ada dua-tiga kerja. Isnin ke jumaat, kerja pejabat. Sabtu dan ahad, jadi cikgu tuisyen. Takpun, siang ke pejabat. Malam, meniaga burger. Dulu ayah ary pun ada juga berniaga sambil-sambil kerja di pejabat. Waktu tu memang kesian gak tengok ayah cari duit lebih untuk keluarga. Kadang-kadang tak termakan pun tengahari tu. *Ayat drama jap. HahaXD


Sekarang ni, surrounding ary turut dipenuhi insan-insan yang buat kerja sambil-sambil ni. Contohnya, ada seorang kawan ary yang menjadi motivator/ penceramah secara freelance. Ada juga kawan ary yang bekerja sebagai technician, bertindak sebagai jurugambar pada hujung minggu. 






Tapi, sejujurnya memang ary tabik lah pada mereka yang sambil-sambil ni. Sedangkan kerja dari pukul 8pagi hingga 6 petang pun dah cukup memenatkan. Inikan pula nak tambah lagi satu kerja yang lainnya.


Sebenarnya, motif entri nak tunjuk karikatur ary lukis tu je. Ha-ha-ha! Ok, bye!  XD


3 comments:

CXopportunities said...

Hahah okay fine motif tercapai. tahniah! haha

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Ary kalau diberi peluang, nak ke buat 2,3 keja? If yes, then what u wanna do huh? Telllll meeee *nak berdrama jugak, :D

Hafiz Hafizol said...

lawa karikator... boleh la lukis utk aku satu nanti hehhe

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com