Thursday 19 June 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Menunggu (Episod 4)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Teeettt.. Teettt... Tanda ada pesanan Whatsapp masuk. Tangan meraba-raba tepi bantal, mencari telefon yang dah boleh dibuat pekasam. Owhhhh... Nak belanja? Jari laju menaip.... OK!




Suasana di Cosmic Bowl Mid Valley malap. Mungkin kerana hari ni hari Jumaat. Serasa macam dah dalam night club dah ni. Bertambah lagi dengan keadaan sesak disebabkan ramai yang baru dapat gaji. Ary dan Suzie terpaksa dimasukkan dalam waiting list sebab terlalu ramai.


"Kau dari mana tadi?" Sambil-sambil mengunyah pearl yang disedut dari air Cha Time, ary bertanyakan pada Suzie.


"Rumah Farah," Slurrpp! Tertelan pearl kat anak tekak dengar jawapan Suzie.


"Dah kau buat apa gi rumah minah tu memalam ni?"


"Mencari cinta," Suzie senyap seketika sebelum menyambung, "tapi tak jumpa," Dia tersengih. Ishhh.. Rasa nak lempang sekati pun ada gak tengok dia sengih.


"Memang lah tak jumpa, hawau. Dah kau cari tempat yang SALAH," Amekkaaw! Kan dah kena hawau sekali. 


"Kau buat apa gi rumah dia? Jumpa dia?"


"Tak. Aku duduk je dalam keta. Buat lepas rindu. Tengok rumah dia jadi lah. Mana tahu dia keluar. Aku tunggu je lah. Tapi ary, duduk depan rumah dia pun dah cukup buat aku rasa dekat dengan dia," 





SPEECHLESS. Tak tahu nak cakap apa. Bila minta dilupakan, ada je alasan. Katanya, soal hati dan perasaan. Dia tahu salah. Tapi diri masih lagi mengejar benda yang tidak sepatutnya. Kesian... Orang cantik. Otak geliga. Tapi, sayang...

No comments:

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com