Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Wednesday, 12 April 2017

Pendapatan Sampingan melalui Blogging?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam!


These recent days, we can do nothing except than work, work and work! Cause everything just need money, money and money! And then, we're getting stress, stress and stress! 


Well, ok. I'm really getting tense by emphasizing those words. LOL.


I will make this entry just short and simple. Sekarang, semua orang berlumba untuk cari duit poket tambahan. Some people chose to be an Uber driver, Grab, baker, tailor, dan lain-lain sejajar dengan bakat masing-masing.


But, if you realize or not, in Facebook, most of people loves to "like" article entry, status, comment; instead of they write by their own. And if you realize or not, this kind of people habit, can make our own pocket money! 

Yeah right! Bagaimana? Mudah caranya.. But let me say this: Ini entri tidak berbayar. LOL.


Kongsikan pengalaman, pengetahuan anda di blog. Jadikan blog anda sebuah blog yang menarik. Tips dia: MENARIK. Dengan apa cara sekalipun. Ini tips tradisional, but since people keep forgotting about this opportunity, I try to make people to be aware again on this point. 


Selepas blog anda menjadi menarik, dan makin ramai pembaca; maka ramai nak mengiklankan produk mereka and it means, another pocket money for you! Well, I don't think I should mention any of people's name yang success in blogging before they migrate to Insta's cz it's a lot of them!


Whatever it is, rezeki yang halal menjamin keberkatan hidup anda. Amin! 


Sekian, you may consider and take this advice! 

Monday, 2 June 2014

Penyelesaian Masalah Entri SPAM


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Beberapa hari yang lalu, blog ary mengalami masalah entri spam yang auto-published seperti yang pernah ary nyatakan dalam entri ini. Spam yang dulunya cuma ada di ruangan comment, kini telah menyerang ruangan entri pula. Sangat mengarut.


Setelah menjalankan 'siasatan', akhirnya masalah entri spam tersebut berjaya diselesaikan. Dah 72 jam berlalu dan tiada entri spam masalah. Masalah spam tiada lagi! *Ala-ala iklan shampoo.


Penyelesaian nya semudah A-B-C dan semudah Alif-Ba-Ta. Tidak melibatkan idgham billaghunnah , izhar halqi ataupun mana-mana hukum tajwid. 


Penyelesaian: Disabled setting "Posting using email". Untuk disable, sila ke Setting > Mobile and Email. 




Sila pilih option "Disable". SELESAI^^ 




Thursday, 29 May 2014

Sila IGNORE!


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Sejak kebelakangan ini, blog ary sering di-post entri-entri yang macam SJUDIUSLNJHY*OPIUJN*(&)*()*I!!!!!! 





Nampak tak kegeraman itu? Dulu 2-3 hari sehari, kemudian jadi sehari sekali. Laaa ni, 3-4 kali sehari. Penat tau tak nak delete entri-entri cilaka tu?? Pehhhh... Memang dah geram tahap hawau ni. Ada yang deactivate blog juga ni kang.

Sunday, 18 May 2014

Sekuriti Blog Lemah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Tergerak hati nak cek blog sebelum tidur. After 'View Blog', ary terbaca ada entri pelik. ni kes kena hack lah ni.





Terus ary tukar password. Frankly, dah 3tahun pakai password yang tak bertukar. Jadi, before nasi jadi bubur, ary advise, sila-silakan tukar password.

Friday, 7 September 2012

First Time Dapat Pencalonan Blogger^^v

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat malam^^


HahahahahahahahaXD   Hahahahahaha  dan HAHAHAHAHAHAHAHAHXD !!  Wah, ary.. Kemaen besau lagi gelaknya ye? Hik hik hik. Ary dalam mood eksaited ni:P


Al-kisah, seperti biasa ary cek traffic sources dan kebetulan salah satunya adalah dari blog Awie Omar. Jadi teringin juga nak tengok dari mana datang trafik itu. Apakah dari review? Bloglist or etc? Cha-chang! 




Terus gelak besau kau! Terima kasih lah awie kerana telah mencalonkan blog ary lee untuk anugerah ekstravaganza 2012. Sekurang-kurangnya merasa lah juga dicalonkan dalam anugerah ala-ala ABPBH ni:P  Hah.. Jadi, orang kampung, jangan lupa beli suratkhabar and undi ary untuk jadi top 5 eh? HahahahaXD


Tapi ary akui, design template ary yang paling latest ni berjaya menarik beberapa blogger. Maybe template ni boleh memberi aura pada ary kot. Huhuhu. Masih belum mampu berhenti tersengih ni. hahahahaXD



Nota tambahan: Jom support Blogger 3: Battle Royale Awie Omar^^

Saturday, 4 August 2012

Blogger Maria Elena Jadi Duta JOHNSON'S??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat pagi guys^^


Melayan youtube dari lepas sahur tadi. Yang tak boleh blah, dari surah ke zikir, zikir ke lagu hindustan, lagu hindustan ke iklan?? Terserempak pula dengan maria elena di youtube. Hhuhuhu.




Wahhhhh... Nampak gayanya blogger sekarang ni telah mendapat tumpuan dari semua pihak termasuk syarikat-syarikat besar. Kalau dulu, Fatin Liyana jadi cover novel, sekarang maria elena pula jadi duta johnson's. Pandai lah syarikat-syarikat ni nak tarik blogger suruh beli johnson's kan? Plus, pengaruh maria elena pun besar dalam dunia blog ni. Confirm lah ramai follower, stalker walker akan beli produk ni. 


Ary pun nak jadi duta juga lah. Duta bantal peluk busuk pun jadi lah. HahahaXD

Thursday, 28 June 2012

Tips Blogging | Blog yang Selalu Diletakkan di Bloglist


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat hari khamis^^


Waktu sedang membaca entri-entri dari Mr Mama dunia blog a.k.a Ben Ashaari, secara tiba-tiba ary terniat nak letak dia dalam bloglist sebab ary suka nak baca cerita pasal si Qhaliff cute tu. Jadi, satu persoalan automatik muncul: Kenapa ramai nak letak dia dalam bloglist?


Siapa yang tak suka kalau blog dia ada dalam bloglist orang lain. Heaven kot^^ Bahagia je^^ Suka lah sebab penulisan kita mungkin akan mendapat perhatian dari si pemilik blog. Jadi, ary pun list kan sebab kenapa sesebuah blog tu ada di bloglist ary.

  1. Blogger rajin datang blog. Contohnya kalau orang tu komen setiap entri kita, jadi dia mencuba bersikap ramah dengan kita. Secara automatiknya blogger itu akan diletakkan ke dalam blog list supaya mudah nak pi sana semula^^ 
  2. Ada kaitan relationship. Selalunya kalau orang tu kawan baik atau keluarga di dunia realiti, dengan mudahnya akan berada di Bloglist. Contoh blogger yang buat macam tu adalah Ujang. Siap ada bloglist KELUARGA gituuuu.. Tak lama lagi, bila anak dia pandai blogging, diletak pula link anak dia:P
  3. Blogger rajin hupdate dan cerita menarik. Bila blogger rajin hupdate sesaje dan cerita nya ntah hape-hape pun, tak boleh juga. Cerita yang menarik tu akan buatkan orang nak letak dalam bloglist. Macam mana nak buat menarik? Perlu kena dengan gaya sendiri. Tiada peniruan berlaku. BE YOURSELF. 
  4. ....  Fill in the blank. 
Itu je lah yang mampu ary fikirkan atas pendapat ary sendiri. Korang rasa.. Blog macam mana yang akan buat korang letak di bloglist? Share lah sikit derrrrrr...

Saturday, 16 June 2012

Customize Blog: Sendiri / Tempah?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^ 


Dah banyak dah blogger yang buat bisnes tempahan blog dan header. Ada yang murah dan ada juga yang mahal. Harga bergantung pada kualiti. Samaada mahu yang cikai-cikai sahaja ataupun canggih^^


Persoalannya: Yang mana satu jadi pilihan? Buat sendiri atau tempah? 


Ary lebih suka untuk buat sendiri. Biarpun ary tak boleh buat secanggih manggih berbanding dengan blogger lain, tapi ary akan lebih puas hati dengan hasil kerja sendiri. Macam memasak, biarlah orang kata tak sedap pun, ary tetap akan makan masakan ary tu sebab ary telah memberikan sepenuh tenaga ketika memasak. *ayat poyos.


Masing-masing punya pilihan sendiri. Mungkin ramai yang mengambil jalan untuk menempah dari blogger lain disebabkan kesuntukan masa dan kekurangan idea. Ary pun minat juga men customize blog tapi blog sendiri je lah yang di-edit setakat ni. Kalau blog orang, agak kurang rajin^^

Sunday, 10 June 2012

Pendapat Blogger | Standard untuk Menjadi Seorang Blogger of The Year


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat malam^^


Kepoh betul dunia blogging sekejap sebab keputusan Digi WWWOW Awards yang penuh dengan kontroversi. Ary turut menjadi semakin bersemangat untuk mengupas isu ini gara-gara isu Ary Lee di-f*ck kerana kelantangan bersuara




Jadi, ary nak tanyakan pada blogger semua, apa sebenarnya aspek yang korang rasa patut ada pada sesebuah blog untuk diiktiraf sebagai Blogger of The Year? Adakah follower? Kelebihan blogger e.g Cute,pandai nyanyi, pandai lukis? Kekemasan blog? etc. 


Ary harap agar korang boleh kongsi di ruangan komen untuk pencetus pemikiran kita bersama^^ 

Sunday, 27 May 2012

Doodle Menarik Orang untuk Komen?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, geng-geng ary sekalian!


Ary ada berbual dengan beberapa kenalan tentang cara nak up kan bilangan komen di blog. Biasalah.. Sebagai blogger, tentu kita mahu hasil penulisan kita mendapat sambutan dari pembaca kan? Tentu juga antara yang dinanti-nanti selepas menulis blog adalah KOMEN. 


Selain rajin komen di blog orang lain, salah seorang kenalan ary berpendapat yang DOODLE adalah salah satu tarikan untuk orang komen di blog. Katanya, kecomelan hasil contengan itu bukan setakat membuatkan orang untuk komen, malah untuk FOLLOW sesebuah blog. Lihat saja kejayaan blog-blog yang menampilkan konsep doodle sebagai bukti.


Friday, 25 May 2012

Kebiasaan yang Dilakukan Seorang Blogger Setelah Lama Tidak Berblogging


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Berapa lama korang pernah bercuti dari blogging? Sehari? Seminggu? Sebulan? Dan selalunya, bila nak kembali berblogging, korang akan buat kebiasaan-kebiasaan seperti yang ary nyatakan di bawah.


Permulaan post yang klise

Selalunya blogger yang baru kembali berblogging setelah percutian yang agak lama akan memulakan entri mereka dengan ayat yang klise. Contohnya, lama gilerrrr tak hupdate blog ..ataupun.. bersawang/berhabuk dah blog haku ni aku tinggalkan


Pengakhiran post yang turut klise

Ada juga blogger yang selitkan ayat klise yang ary nyatakan di point atas di nota kaki. Contohnya.. Pssssttt.. Mesti ada yang tercari-cari ary setelah lama ary bercuti kan? Hah.. Tak letak di  atas, di bawah pun jadi lah.


Entri I'M BACK!

Dalam entri tersebut, blogger akan menceritakan sebab kenapa dia pergi meninggalkan blog kesepian, kesunyian, etc.. Entri KHAS kehilangan diri blogger tersebut lah kononnya.

Amacam? Siapa selalu buat benda-benda kat atas ni? ^^

Friday, 4 May 2012

Up Trafik Blog Dengan Meta Tag


Sebelum ini, ary ada bertanyakan pada Tia, apa tu Template Mesra SEO? Rupanya template mesra SEO tu adalah template yang mudah mendapat page carian internet. *betul ke? Men hentam je explain. Hahaha!


Jadi, ary membuat sedikit kajian tentang SEO ni. Betul juga kata Tia. Nak harapkan blog walking, memang tidak cukup. Lagi-lagi kalau tengah ada komitmen lain. Memang tak ada trafik langsung kalau tak rajin blogwalking.



Ciri-ciri template yang mesra SEO adalah blog yang ringan, ada meta tag dan H1 & H2 tag, etc.. Memang banyak lah juga. Pada mulanya, template ary ni memang tak ada meta tag. Makanya malam ini, ary telah buat setting meta tag pada blog ini. 


Hasilnya?? Kita tunggu seminggu dan buat pemerhatian^^ Tak cuba tak tahu. Tak nak cuba, rugi^^

Tuesday, 1 May 2012

Sedarlah diri yang kau tu blogger baru!


Fuhhh.. Tajuk nak kontroversi je. Ya.. Ary sedar yang ary ni blogger baru. Tak payah nak state pun.. Kajang pak malau kajang berlipat.. Kajang ary , jom makan sate kajang. *ok.. mula mengarut seperti biasa.


Sebenarnya tajuk untuk entri malam ini sepatutnya - perbezaan antara blogger baru dan lama. Sebelum ini ary macam pernah terbaca. Tapi bila ary search, tak ada lah pula. Urmmmm... Jadi, kepada yang pernah menulis topik yang sama, ary minta maaf. Bukan bertujuan untuk copycat idea korang. Mungkin pengisian kita akan jadi berbeza. 





Bila ary blogwalking, ary sedari ada beberapa aspek yang dapat membezakan antara blogger baru dan lama dalam dunia penulisan blog ni. 


1- Penampilan sebuah blog.
Blog yang lama akan mengutamakan berat blog. Apakah template yang digunakan user-friendly dan ringan supaya cepat loading? Manakala blog yang baru pula akan lebih mengutamakan kecantikan dan kecanggihan blog. Kononnya widget-widget yang membuatkan blog menjadi berat nak mati akan dapat menarik orang untuk follow. 

2- Pengisian dan corak penggunaan bahasa sesebuah blog.
Blogger lama akan menulis dengan lebih matang. Maksudnya, bahasa yang digunakan adalah lebih mudah dibaca dan difahami pembaca. Manakala blogger baru lebih banyak menulis tentang peribadi dan kadang bahasa tu terlampau canggih. Contohnya, itTeW raSeW IttEw SkEw kAt Ea. *Melilau mata ai membaca= ="

3- Tarikh mula berblog.
Bukan janji tapi PASTI. *tiru David Teo sat.. Of course lah tarikh tu akan terang-terang membezakan antara blogger baru dan lama. 




Tak ada menjadi suatu masalah jika seseorang itu baru/lama ber-blogging. Yang penting hanyalah kematangan penulis blog itu untuk menyampaikan maklumat agar dapat difahami dan diterima semua pihak. Cissss.. Baru aku perasan. Aku sendiri baru berblogging. Tapi gaya macam 'orang tua' !


Nak baca pendapat abang Ben Ashaari tentang blogger baru atau lama? Klik SINI.

Maafkan saya!


Pertama sekali ary ingin meminta maaf. Sebab.. iskkk.. isskkk.. semalam ary nak publish comment.. Namun, sayangnya ary tertekan DELETE! Ishhhh! Dah lah susah dapat comment. Bila dapat 5 comment, boleh lah plak ter-delete= ="


Jadi, kepada tuan punya komen, ary minta maaf. Ary taknak habaq sapa. Sebab ary rasa bersalah sangat= =" Maafkan saya! *ala-ala Zizan Razak.




Di samping entri meminta maaf ini juga, ary ingin memperkenalkan seorang blogger yang masih baru lagi. Kalau ary baru, dia lagi baru. Nampak tak link Dr Wanna Be kat atas nuh? Apa lagi, sila picit laju-laju! 

Sunday, 29 April 2012

Tutorial Meletakkan Link Pada Profile


Bila orang follow blog ary, ary mesti akan klik pada ikon follower tu untuk tengok profile follower. Tapi kadang hampa bila ada yang private kan profile dan ada yang tak letak link pada profile masing-masing. 


Bukan mereka je. Malah masalah tersebut berlaku pada ary sendiri. Ary sangka ary dah letak link pada profile ary tapi sebenarnya tidak. Bila ary klik ikon ary dalam follower orang lain, tak keluar link pon???


Ary cuba cara INI untuk solve tapi tak berhasil. Semasa mencari jalan penyelesaiannya bersama-sama dengan tyntha lana - one of my besties in blogging, akhirnya ary ketemu dengan satu cara. ALHAMDULILLAH.. 


Langkah pertama: Klik Join This Site


Langkah kedua: Klik More Options

Langkah ketiga: Klik Add Links dan letakkan link blog korang^^


Ary dah kongsikan cara ni dengan Lana. Mungkin ada yang dah tahu cara ini tapi ary kongsikan pada sesiapa yang masih belum tahu. Semoga informasi ini dapat dimanfaatkan kepada pendatang-pendatang baru dunia blogging^^

Tuesday, 24 April 2012

Gila Segmen



Mesty korang pernah jumpa blogger macam ni. Blog dia penuh dengan entri segmen. Kadang-kadang satu hari sampai 4-5 segmen dia join. HUhuhuhu. Diakui segmen sedikit sebanyak menaikkan trafik blog dan memperkenalkan blog korang pada public. 

Ary pun aktif juga join segmen. Namun begitu, before join sesuatu segmen, ary fikir terlebih dahulu-Mampu ke ary habis blogwalking ke blog peserta lain. 

Sebabnya.. ary penah terbaca,.. Tak ingat dari blog sape. Bila join segmen ni, kita ibarat diberikan amanah untuk terjah blog orang lain. Barulah objektif join segmen tersebut tercapai. Bukan setakat join dan buat entri, kemudian, buat tak tahu sahaja. 

Jika kita mengharapkan orang untuk datang ke blog kita tanpa kita perlu blogwalking ke blog mereka, memang payah lah kan? Jangan asyik menunggu trafik tapi melingkau macam ulau tak buat apa-apa *Errrr.. ayat apakah itu??*

Tuesday, 17 April 2012

Utamakan Apa Yang Perlu


Baru hari Selasa tapi ary dah merasakan kesesakan nya. Untunglah teman ada exam pro. Jadi tumpuan ary boleh dialihkan sedikit kepada perkara yang perlu.




Sebagai blogger, blog akan menjadi perkara yang perlu diberi perhatian biarpun dalam kesesakan. Tapi jangan lah sampai memaksa diri. Tak ada masa nak update? Penyelesaiannya adalah autopublish. Alasan 'Tiada Masa' tidak boleh diterima pakai. Kalau kekeringan idea tu mungkinlah juga.. 

Ini kerana manusia diberikan 24jam sehari dan dalam masa 24 jam itu kita berupaya untuk melakukan apa yang  kita mahu asalkan kena pada caranya. Ary pula masih dalam proses penyesuaian diri dalam membahagikan masa untuk blog dan juga kehidupan peribadi sebagai pelajar, anak dan seorang kekasih. Chewaaaahhh.. Poyos giler ayat.

Tapi ary memang tabik potato spring pada blogger yang mampu lagi hupdate blog biarpun berada dalam kehidupan yang sibuk. Contohnya, abang Ben tu. Dah ada anak pun, masih mampu hupdate sampai 10 entri sehari. 

Apa pula cara korang guna untuk bahagi masa kehidupan peribadi, hupdate blog dan blogwalking? 

Saturday, 7 April 2012

Kita Punya Pilihan



Blogger punya pilihan untuk setting comment.. Samaada untuk buat setting embedded, full page mahupun pop-up window. Apa pun setting, ketiga-tiga itu ada pros dan cons. Ary pun tak tahu nak buat setting apa. Orang kata, kalau nak rajinkan orang comment, buat setting embedded. Kalau nak buat ruang comment keluar kat tempat lain, buat pula setting pop-up window. 

Begitu juga dalam kehidupan,.. Kita ada banyak pilihan. Cuma perlu buat keputusan yang tepat pada masa yang betul.

Mana 1 setting yang lebih baik untuk comment?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com