Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Sunday, 4 September 2016

St. Marc Cafe,Sunway Pyramid - Japanese Decent Cafe


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


It's damn hot, right? Sesuai sangat untuk membasahkan tekak waktu cuaca panas ni.


This decent Japanese brand cafe terkenal dengan Chococro - Roti yang mempunyai filling chocolate? *kot* Maybe korang boleh try all deserts, bread and chococro dia.


But then, on my recent visit, ary cuba one of their ice creams - Choco Berry Celebration. Ice cream ni adalah gabungan a few food component; which are vanilla ice cream itself with chocolate syrup, cereal and bread at the bottom, and followed with strawberry and Panna Cotta at the top. 




So far, it's damn nice! Ary love it, except than the bread. Macam tak kena, but so far - Awesome! I like it better than Ca**e Be**e. And the price is 'awesome' too, but worth the taste. Well, you guys can see the price from below picture, I guess. Btw, nice treat for once a month. 




Saturday, 9 May 2015

Coffeeology - Cafe untuk Pencinta Kopi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^

"Ibu, jom minum luar. Ary belanja," Maka kami sekeluarga, tanpa adik, menghala ke Coffeeology yang terletak di Bukit Beruang. Interior design yang gah, membuatkan ibu ary teragak-agak nak masuk. Risau mahal, katanya.


Lokasi Coffeeology ni adalah bersebelahan The Windmill yang bertentangan dengan kedai mamak Asri. Terlupa pula nak ambil gambar kedai. Landmark lain adalah Ixora Condominium.




Menu yang dipesan: Caramel Machiatto, Orange and Mango Juice, Mocha Punch, Carbonara, Chicken chop, Kaya&Butter Toast serta Nasi Lemak Special. Menu agak limited. Mungkin boleh pelbagaikan lagi pilihan makanan.
Taste: So-so. Not so bad and not so nice though. Expect more for that kinda price.
Price: RM80++. Quite expensive for Melaka area but standard price for that kinda cafe.


No further comment. Might be a nice place to hangout with buddies, but not for family gathering. 

Sunday, 12 October 2014

Saturday Dinner at Wadihana Islamic Steak House, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


"Assalamualaikum," 


Ary disambut dengan salam ketika melangkah masuk ke restoran ini. Ohhh.. Lupa yang restoran ini bertemakan islamic. Nice and simple interior design. Alamat: Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park. Buat pengetahuan, ada 2 premis Wadihana. Bezanya, Wadihana Islamic Steak House yang ary singgah kali ini hanya fokus kepada makanan barat seperti steak, pizza, burger dan pasta.


Menu yang menjadi pilihan kali ini - Lasagna, Pilaf Rice, Combo Fajitas, Iced Lemon Tea, Fresh Lime Juice, Sky Juice dan Panna Cotta sebagai pencuci mulut.





Yang menarik perhatian ary adalah Combo Fajitas. Makanan ini lebih kepada makanan ala-ala istanbul pun ada. Sebabnya, ayam dan daging yang dipotong kecil lalu digoreng bersama cili benggala, dan dihidangkan bersama roti pita berserta inti-inti sampingan. Macam buat kebab sendiri pun ada gak. 


Panna Cotta turut dihidangkan dengan cara unik. Cantik. Rasa macam makan di hotel. Mana taknya, waktu bayar bil, terkejut total RM95.00. Buat rujukan harga; Pilaf Rice (RM4.90), Lasagna (RM28.90), Combo Fajitas (RM28.90), Panna Cotta (RM7.90), Ice Lemon Tea - can be refill (RM5.90), Fresh Lime Juice (RM4.90), Sky Juice (RM0.50) dan Gov tax & Service Charge (RM13.10).




Sekali sekala, boleh lah nak melayannnnn....


Tuesday, 30 September 2014

Burger Kukus Jalan Rejang di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat 5 Zulhijjah^^


Ary tak pasti jika ini satu-satunya cawangan "Burger Kukus Jalan Rejang". But then, this is my first time jumpa burger kukus. Location: Bersebelahan gerai PCJakarta.


Apa yang special nya? Burger je pun. Tapi teknik memasak burger ini berbeza. Selalunya, burger dimasak dengan teknik bakar/goreng. Dan diketahui ramai, makanan yang dibakar atau digoreng tidak bagus untuk kesihatan. Untuk bacaan lanjut, boleh lawat blog Ris yang dah lama tak ter-hupdate. 




Apa beza burger Original & Supreme, bang? Burger original abang guna daging yang dah diproses macam daging Ramly tu. Supreme tu daging dia tebal sikit dan 100% asli tanpa tepung, dan bahan pengawet lain. Kekdahnyaaa...

Yang menarik, logo abang ni macam ada unsur-unsur Manchester United (MU) lah. Glory glory Manchester, bang! Haha!


Sunday, 28 September 2014

Pisang Cheese Jakarta di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Puasa sunat ke hari ni? Ye lah.. Hari ni kan dah 3 Zulhijjah. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yg bermaksud : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Tapi ini kan waktu selepas berbuka. Rasanya tak ada masalah untuk baca entry berkaitan makanan.


Lokasi kali ini adalah Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Exact location adalah stall yang terletak di lorong between Restoran Kelisa dan Warung @Bangi. Landmark lain: Pusat Rawatan Islam Az-Zahra, Poliklinik An-Nur. *Kotttt




Untuk order, sila ke stall PCJakarta, dan beri pesanan korang pada pekerja dia. Selepas order, korang akan diberi number keychain. Lepas tu duduk lah mana-mana meja korang suka. Minuman pula boleh order dari Restoran Kelisa. PCjakarta pilihan ary waktu tu adalah Crunchy Oreo




Bagi Ary, Pisang Cheese Jakarta ni macam pisang goreng biasa je. Bezanya, atas pisang goreng tu ditabur cheese dan oreo. So, after this, boleh lah cuba menu ni kat rumah kan? Kos buat kat rumah rasanya less than RM3 kot^^




Wednesday, 2 October 2013

Miss Pah Hot Pot's Maggi Kari Ketam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Malam-malam ni, kalau tengah lapar, terbayang segala makanan yang sedap-sedap belaka. Jadi, ary teringat Maggi Kari Ketam oleh Miss Pah Hot Pot yang terletak di Bucida Court, Jalan Damansara. Ary berpeluang menikmati kesedapan Maggi Kari Ketam ni atas jasa baik Cik Norfanil yang sudi bawa ary untuk food review. Terharu. Sobs sobs. 




Lokasi Bucida Court
Landmark Bucida Court ni adalah bersebelahan dengan Honda dan juga berdekatan dengan Petronas yang terletak betul-betul di sebelah LDP. To be exact, sila cari signboard Kg. Sungai Penchala. Ary memang tak ada masalah nak cari sebab kebetulan ary pernah go through internship area Damansara. So at least, membantu serba-sedikit untuk cari food court ni.


Miss Pah Hot Pot
Miss Pah Hot Pot merupakan salah sebuah kedai yang berada di Bucida Court ni. Dengan keistimewaan menu Maggi Kari Ketam, terdapat dua jenis ketam yang boleh dipilih iaitu Ketam Bunga dan Ketam Nipah. Maggi Kari Ketam di sini bukan gunakan serbuk kari maggi tu ye.. Tapi mereka menggunakan serbuk kari betul ala-ala nak buat mee kari. Dan frankly speaking, kari mereka memang kawwww.. 








Dari segi harga pula, ary rasa harganya berpatutan. Berbaloi dengan harga tahap ke-kawww-an kari dan juga ke-fres-an serta ke-besar-an ketam itu sendiri. Dan selain Maggi Kari Ketam itu sendiri, korang boleh try menu lain cz banyak je choice lain sebenarnya.


Pada malam yang sama juga, kami telah mencuba nikmat Nasi Kukus bersama dengan Ikan Pari serta Ikan Kembung Bakar Portugis. Tak perlu susah-susah ke Melaka. Di Bucida Court pun, boleh^^




Sekali lagi terima kasih kepada team MySelera esp Cik Norfanil sebab beri ary peluang untuk merasai pengalaman makan-makan ni. Haha! Ada umur, jemput lah lagi ^^  Dan terima kasih juga kepada Miss Pah Hot Pot di atas layanan baik sepanjang kami di Bucida Court. 


Tuesday, 11 June 2013

Restoran Kedai Makan Upin & Ipin, Bandar Tun Hussein Onn


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Niat di hati nak makan di Best Time Family Cafe BBQ and Grill milik Shaheizy Sam, tapi bila tengok keadaan yang suram, kami terus berpatah semula. Mungkin awai sangat kot, kami pi. Maybe kedai tu baru nak bukak. Maybe... Huhuhu.


Memandangkan cik Ris kita tak kuasa nak pi berpusing-pusing jauh untuk mencari tempat makan, kami decide untuk makan je di mana-mana kedai makan yang ada di Town Park. Itulah kelebihan Bandar Tun Hussein Onn ni. Banyak pilihan kedai makan meskipun banyak kedai yang masih belum dibuka.


Jadi, kami pun memilih untuk makan di Restoran Kedai Makan Upin & Ipin




Kami order Nasi Goreng Atok (8.90), Asam Laksa (8.90), Teh ais (4) & Bandung (3.90). Service charge 5%. So, sila lah kira total. Bagi ary teh ais tu agak mahal lah kalau compare dengan air lain. Maybe pakai teh cameron highland kot^^




So far, rasa nasi goreng kampung yang dinamakan menjadi Nasi Goreng Atok, sedap. Ikan bilis dan sayur Kuah asam laksa yang ris order pon sedap. Tapi sayang, laksa yang digunakan bukan fully laksa yang diperbuat dari tepung besar. Tapi kuah dia memang devassssss lah. Dengan ikan tu macam fresh. Pehhh...


Tak amek gambar makanan pun. Takut orang kata "Mental". HahahaXD


Update: Lokasi Kedai - Berdekatan Carrefour lama yang sekarang ini adalah AEON BIG. Berhadapan Town Park 1 dan berdekatan Lake Valley. Boleh nampak kedai dari tepi jalan.

Saturday, 16 March 2013

Restoran Cerana - Antara Lebuhraya Kajang-Cheras


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Kalau tak ada perancangan nak makan mana, ary ada suggestion untuk korang^^ Kali ini merupakan sebuah restoran ala rimba yang mempunyai specialities dalam memasak makanan laut iaitu Restoran Cerana




Lokasi restoran ini agak tersembunyi sedikit kerana ianya terletak di belakang Petronas. Petronas yang dimaksudkan adalah Petronas yang pertama sekali korang akan jumpa jika korang dari lebuhraya persekutuan untuk ke Kajang. Di tepi Petronas itu ada 7-eleven. So, berusahalah mencari. Hehehe.


Setibanya kami di situ, kami pilih jenis hidupan laut dan masakan yang kami nak di kaunter 'ikan'. Tapi boleh dikatakan pilihan hidupan laut tu terhad kot. Kalau kerang, lala, kupang, memang tak ada. Order untuk makanan lain iaitu nasi, air, etc pula boleh dibuat di meja nanti. 


Jadi, pada hari tu kami order kerapu (300g) goreng cili, udang (230g) butter, sotong (230g) goreng tepung, asparagus goreng belacan, nasi putih, teh ais dan air suam. Jadi sementara menunggu, kami berbual sambil menikmati pemandangan rimba restoran ini. Terus-terang, landskap restoran ini memang cantik. Memang taste ary^^








Rasa makanan yang ary order pun berpatutan dengan harga yang ris bayar. *memandangkan dia yang belanja. HahahaXD   Total bagi makanan kami order:
  1. Teh ais (1xRM3.50) - RM3.50
  2. Nasi putih (2xRM1.50)  - RM3
  3. Asparagus goreng belacan-small (1xRM10) - RM10
  4. 300g kerapu goreng cili (30xRM0.50) - RM15
  5. 230g sotong goreng tepung (23xRM0.45) - RM10.35
  6. 230g udang butter (23xRM0.90) - RM20.70
  7. Service charge 10%

TOTAL = RM68.80. Udang tu memang mahal. Kalau beli sendiri pun, udang kat pasar gred baeeeeeeekkkk punya pun dah RM80 sekilo. Makanan yang kami order ni memang untuk makanan 2 orang yang selera makan sederhana. 






Kalau orang tanya portion makanan yang kami order berapa banyak:
  1. 230g sotong - 2 ekor sotong. Apabila dipotong dan digaulkan dengan tepung, memang banyak.
  2. 230g udang - 8 ekor udang.
  3. 300g kerapu - selebar kalkulator saintifik. sepanjang kalkulator saintifik+galaxy ace. *Metaphora betul. HahahXD

Malam ni plan ke Bukit Ampang. Jom!

Sunday, 24 February 2013

Bonjour Garden Bakery Cafe


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^



Ada yang mengidam nak makan chicken chop. Jadi, semalam ary pun ke Bonjour Garden yang terletak berdekatan dengan Burger Bakar Abang Burn, Sunway Damansara. Dah biasa dah lalu tepi Bonjour Garden Cafe ni tapi buat pertama kalinya menjejakkan kaki di sini semalam. 




Waktu kami baru tiba di cafe tersebut, kami terus mendapatkan tempat duduk dan menulis menu yang kami nak di atas borang yang disediakan di atas meja. Selepas borang diisi dengan nombor menu yang boleh didapati di dalam menu ala-ala surat khabar, borang tersebut perlu dihantar sendiri ke cashier ye. Huhu.  


Cordon Bleu


Menu yang diorder adalah ringkas. Chicken chop + Cordon Bleu + Latte. Plain water diberi secara percuma. Jadi, kalau nak save, tak payah order air pun boleh.Hehe. Rasanya boleh tahan sedap. Ary bukan lah type yang makan mashed potato tapi, first time makan mashed potato yang disertakan dalam menu Cordon Bleu, mashed potato tu seakan-akan melt dalam mulut. Pehhh.. 


Chicken Chop


Harganya adalah standard harga makanan kafe yang high class. Ala-ala Theobroma Chocolate Lounge juga lah. Total untuk Chicken Chop (RM18.90) + Cordon Bleu (RM19.90) + Latte (RM9.80) + Govt Tax + Service Charge = RM56.40

Ada ke tempat makan chicken chop yang murah area KL/Selangor ni?


Lagi gambar di Bonjour Garden Bakery Cafe:




Saturday, 26 January 2013

Fish&Co : Santapan di Paradigm Mall


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera^^


Hujung minggu ary kali ini diluangkan dengan menonton PARKER lakonan Jason Statham dan pengisian perut di Fash&Co. At first, we planned to have our dinner at Manhattan Fish.. Errr. Betul ke Manhattan Fish? WakakaXD However, tiada branch Manhattan Fish di Paradigm Mall. Jadi, kami melabuhkan punggung di tempat yang sewaktu dengannya iaitu Fish&Co.




Berdasarkan laman web Fish&Co, perniagaan ini asalnya dari Kota Singa, Singapura sebelum diluaskan ke Malaysia. Jadi pada malam itu, kami pesan Italian Fish & Chips, Seafood Baked Rice, Iced Water & Passion Fruit. Rasanya memenuhi selera bagi ary. Huhuhu. 





Harga pula berpatutan. Tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Total bagi menu yang kitorang order, Italian Fish & Chips (RM15.95) , Seafood Baked Rice (RM17.95) , Iced Water (RM0.80) & Passion Fruit (RM5.50) + Service Charge = RM44.20. Tapi,kalau cuma ada RM10 dalam poket, lupakan saja niat untuk membuat pesanan kecuali kalau ada orang lain yang nak bayar :-P






Wednesday, 2 January 2013

Burger Bakar Abang Burn Damansara


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Burger Bakar Abang Burn - Burger bakar yang makin terkenal di kalangan ramai orang. Sedap ke? Urrmmmm.. Waktu first time ary makan, memang sedap. Harga pula bagaimana? Harga nya standard harga burger bakar di Kuala Lumpur. Huhuhu. 


Burger Abg Burn Cheesy Chicken - RM10.50. Add on cheesy sausage - RM1.50. Total - RM12.


Waktu pertama kali nak makan burger bakar abang burn ni, memang sesat nak cari lokasi nya. Tapi, untuk kemudahan, ianya terletak di Tanjung Village Food Court. Food court ini terletak kawasan kompleks belakang Giant Kota Damansara dan berada di tengah-tengah di kelilingi bangunan yang merupakan premis perniagaan. 


Orang selalu sangkakan ianya dalam kawasan Sunway Giza. Tidak. Kalau masuk Sunway Giza tu, bukan abang burn lagi dah, tapi abang ben. HahahaXD  Untuk memudahkan lagi, food court itu terletak bersebelahan bangunan Starbuck. Parking pula memang susah nak cari sebab kawasan tu memang sibuk. 


Brand New Me.. In shaa ALLAH^^


Pilihan menu ary di sini adalah Abg Burn Cheesy chicken. Ianya berbeza dengan Abg Burn Cheese Chicken. Yg cheese tu hanya menggunakan 1 slice cheese sahaja. Tapi cheesy ni menggunakan 2slices cheese including cheese sauce. Memang seswai untuk mereka yang giler cheese macam ary^^ *tetiba teringin nak makan macaroni cheese^^

Sunday, 11 November 2012

Theobroma Chocolate Lounge, The Curve


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Menaip selaju mungkin sebelum meneruskan perjalanan untuk ke Klebang & Tengkera^^ Pada Jumaat lepas, ary menghala ke The Curve dengan niat untuk melayan karaoke di Red Box. Pada mulanya, tak jumpa tapi lepas beli tiket Istanbul Aku Datang, baru jumpa red box nya. Al-kisah, memang tak karaoke lah. 




Habis sahaja melayan movie lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairi, kami menghala ke The Street, The Curve. Ris yang ajak menikmati makanan di Theobroma Chocolate Lounge. Katanya, sedap cuma harganya MAHAL. Waktu tengok menu pun, ary dah tertelan air liur banyak kali. HahahahaXD




Tapi, kalau di-calculate, ditolak, tambah, darab, bahagi, ary rasa harganya memang sesuai biarpun mahal. Rasa spageti yang dipesan kami iaitu Marinara dan Carbonara menepati rasa. Malah, aiskrim vanilla yang bernilai RM2.50 itu pun berbaloi bagi kami sebab rasanya yang lagi sedap dan lagi murah dari Tut** Fru**. 










Malah, sepanjang kami menikmati makanan, kami dapat menikmati persembahan dari live band dan juga scout band. Ngeh3.. Jadi, bagi kami, memang selayanya kami di-caj dengan harga yang sebegitu rupa. Cuma apa yang tidak berkenan pada ary adalah rasa air nya. Air nya macam ada yang tak kena. Pada masa itu, kami memesan latte dan juga ice lemon tea. Air gula diasingkan dan ia memberi kesempatan kepada pelanggan untuk masukkan sendiri berapa banyak yang pelanggan mahu. 




Ary tahu pasti korang tertunggu-tunggu jumlah yang dibayar kan? Hehehe. Sila jangan terkejut,nyot~ Untuk pesanan Spaghetti Marinara dan Carbonara, Ice Lemon Tea, Latte dan juga Vanilla Sundae, total = RM82.50. Ianya termasuk service charge dan juga government tax. Gulp! Lebih mahal berbanding Bonjour Garden, Sunway Damansara. Tapi, tak tahu pula perbezaan rasanya. Next month, heading to Bonjour Garden pula lah^^

Sunday, 16 September 2012

Restoran Red Wok, Bangi Saingan Seoul Garden


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Hujung Minggu^^


Bagi sesiapa yang tidak mempunyai rancangan hujung minggu atau jika ada rancangan nak makan luar bersama keluarga, boleh lah berkunjung ke salah sebuah restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi - Restoran Red Wok




Lokasi Restoran Red Wok
Sememangnya, jika korang dah biasa dengan kawasan Bandar Baru Bangi, pasti korang dah tahu di mana letaknya restoran ini. Yang tak biasa mahupun yang tak pandai tengok map, akan tersesat macam ary= ="  Fuhhhh.. Berpusing-pusing. Senang cerita, cuba cari Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. 




Perbezaan Restoran Red Wok dengan Seoul Garden
Restoran ini sama konsepnya dengan seoul garden. Bezanya adalah harganya jauh lebih murah berbanding Seoul Garden. Selain itu, bahan mentah seperti ayam, daging, sotong, udang, ketam, etc tidak direndam ke dalam pelbagai perisa seperti kopi, butter sebagaimana Seoul Garden melakukannya. 

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memilih samaada untuk makan ala carte atau buffet. Tapi diingatkan bahawa makan secara buffet hanyalah untuk masa perniagaan mulai dari pukul 6petang hingga 12 tengah malam. malah, pelanggan boleh memilih untuk buffet STEAMBOAT atau KOREAN SIZZLING STEAMBOAT. Bezanya adalah steamboat just boleh rendam dalam soup sahaja tapi korean style boleh bakar ala-ala seoul garden.

Jenis makanan buffet juga adalah terhad bagi ary. Ini kerana, kalau nak nasi putih, perlu caj tambahan. Dan tiada jenis mee atau bihun yang boleh dimasak sekali seperti berada di Seoul Garden. Malah, di tempat ambil makanan juga diletakkan notis untuk harga sebarang pembaziran makanan yang dilakukan.


Harga Restoran Red Wok
Sememangnya harga dia lebih murah berbanding Seoul Garden. Macam ary, ary ambil buffet Korean Sizzling Steamboat. Bil untuk makanan yang dipelahap oleh ary dan riswin menunjukkan total RM67.20. RM33 untuk seorang dari kami berdua dan caj tambahan RM1.20 untuk nasi putih yang kami order.

Sebagai student, 2 bulan sekali boleh lah makan mahal macam ni:P




Tips dari Ary Lee
1- Taman Kajang Impian itu terletak di kawasan Bandar Baru Bangi dan bukan kawasan KAJANG biarpun nama taman tu adalah kajang impian.

2- Bertolak lebih awal adalah lebih baik bagi mengelakkan sesak di highway menuju kajang/bangi. Perjalanan ary sendiri mengambil masa 3jam dari Sungai Buloh ke Kajang. Tersangkut di Damansara sejam dan di highway Kajang sejam. Lenguh kaki weyh.. Nasib baik ada driver sambilan:P

3- Sampai-sampai di restoran tersebut, ambil tempat di mana-mana meja terlebih dahulu dan pelayan akan melayan korang dalam masa beberapa minit. Apapun, MAKAN DAHULU, BAYAR NEXT YEAR SELEPAS HABIS MAKAN. 

4- Seoul Garden mungkin lebih sedap dari Restoran Red Wok. Tapi, Restoran Red Wok adalah pilihan terbaik untuk makan sedap semasa sedang sengkek.

Sunday, 24 June 2012

Restoran Rasa di Langkawi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & selamat malam^^


Pemandu yang membawa kami pulang dari Island Hopping ada beritahu kami,.. Makanan di Langkawi ni memang agak mahal. Mungkin kerana kebanyakan yang ada di sini adalah pelancong. Pernah sekali ary makan tengahari di Pekan Kuah, nasi goreng paprik ayam dicaj pada harga RM6. Gulpppp... Tapi kali ni ary nak kongsi satu tempat yang memang agak mahal tapi sedap.


Lokasi makan-makan kali ini adalah di Pantai Chenang, Langkawi. Tak sukar nak dapatkan tempat makan di Pantai Chenang ni. Kalau diikutkan, sepanjang jalan di Pantai Chenang ada kedai makan. Dari makanan melayu.. ke western.. chinese cuisine.. mexican pun ada. Semua ada..




Restoran Rasa ni terletak dekat-dekat dengan Restoran Haji Ramli. Area-area situ juga. Environment di situ memang lapang. Sebab ada tempat berbumbung dan tempat tak berbumbung. Ary pilih meja yang berada di kawasan tidak berbumbung. Rasa sejuk je sebab dekat dengan kawasan pantai.






Menu yang ary order pada hari tersebut adalah: Ikan Pari Bakar Sambal & Butter Egg Prawn. Ikan pari bakar dia memang superbbbb.. Sedap! Dicecah dengan kuah 'jeruk asam' *ye kot jeruk asam, kawan ary kata memang sedap^^ 




Butter egg prawn nya pula memang kelas A bagi ary sebab ary suka benda yang manis. Telur yang bagaikan dihiris dan digoreng garing bersama mentega kemudian ditabur di atas udang menaikkan selera. Isy! Susah nak digambarkan lah. 




Minumannya pula, kami order ice lemon tea dan juga jus nanas. Bagi ary, air nya agak kureng sedikit. Ice lemon tea nya agak masam. Tapi habis juga disebabkan tak tahan pedas. HahahaXD 


Harga untuk 2 nasi putih, ikan pari bakar 500gram, butter egg prawn (udang biasa), ice lemon tea & jus nanas adalah RM65.10. Diakui memang MAHAL. Tapi, namanya bercuti kan? Jadi, tak ada lah berkira sangat. Yang pasty, korang kena cuba makan di sini. Tak menyesal punyaaaaaaaa...

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com