Sunday, 12 October 2014

Saturday Dinner at Wadihana Islamic Steak House, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


"Assalamualaikum," 


Ary disambut dengan salam ketika melangkah masuk ke restoran ini. Ohhh.. Lupa yang restoran ini bertemakan islamic. Nice and simple interior design. Alamat: Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park. Buat pengetahuan, ada 2 premis Wadihana. Bezanya, Wadihana Islamic Steak House yang ary singgah kali ini hanya fokus kepada makanan barat seperti steak, pizza, burger dan pasta.


Menu yang menjadi pilihan kali ini - Lasagna, Pilaf Rice, Combo Fajitas, Iced Lemon Tea, Fresh Lime Juice, Sky Juice dan Panna Cotta sebagai pencuci mulut.





Yang menarik perhatian ary adalah Combo Fajitas. Makanan ini lebih kepada makanan ala-ala istanbul pun ada. Sebabnya, ayam dan daging yang dipotong kecil lalu digoreng bersama cili benggala, dan dihidangkan bersama roti pita berserta inti-inti sampingan. Macam buat kebab sendiri pun ada gak. 


Panna Cotta turut dihidangkan dengan cara unik. Cantik. Rasa macam makan di hotel. Mana taknya, waktu bayar bil, terkejut total RM95.00. Buat rujukan harga; Pilaf Rice (RM4.90), Lasagna (RM28.90), Combo Fajitas (RM28.90), Panna Cotta (RM7.90), Ice Lemon Tea - can be refill (RM5.90), Fresh Lime Juice (RM4.90), Sky Juice (RM0.50) dan Gov tax & Service Charge (RM13.10).




Sekali sekala, boleh lah nak melayannnnn....


2 comments:

ezyra taharin said...

agak mahal juga..maybe sebab tempat yg agak ekslusif dan kualiti makanan tu sndri...student mcm saya mungkin tak mampu hehe

Mar Mansor said...

harga yg berpatutan dengan tempat dan presentationnyer..hihi

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com