Saturday, 8 June 2013

Gwiyomi KFC


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan selamat hujung minggu^^




Disebabkan kartun yang dilukis adalah cute buat ary^^   The question is Gwiyomi or Kwiyomi?  *CONFUSED   @_@

Thursday, 6 June 2013

Gwiyomi Doodle Ary Lee


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Macam-macam pula benda nak hupdate bila diri di-input dengan pelbagai benda. Tapi, ary akan stick pada perkara asal yang ary nak hupdate iaitu tentang gwiyomi. Terus terang, isu ni memang dah agak lapuk. Tapi mengenangkan karya seharian ary yang pending, tak di-approve Blogbuster Nuffnang, ary upload di sini. 




Seperti yang umum tahu, Gwiyomi ni merupakan trend yang dibawa dari Korea. Tak perlu lah diulaskan asal-usul Gwiyomi secara mendalam di sini kerana tak ada manfaatnya. Gwiyomi tu bermaksud "CUTE". Tapi masalahnya, yang buat gwiyomi tu cute ke? *ayat jeles. HahahaXD


Btw, tertarik dengan entri Dont Like That Lah, Bro tentang Gwiyomi. Rasa-rasa ada tak video gwiyomi yang dah dibuat pelepas nafsu? Astaghfirullah-al-azim! Fuhhhh... Kalau ada yang tengok video doodle gwiyomi ary dan mula rasa pelik-pelik, tak tahu lah nak kata apa= ="

Wednesday, 5 June 2013

Music Video Terbaru Najwa Latif - I Love You Tiru MV Korea?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Dah lama tak update pasal dunia hiburan. Secara tiba-tiba malam ni jadi macam Kiah PROPA pula:P


Buat yang masih belum tahu, Najwa Latif telah mengupload sebuah klip video yang dilakonkan Shah Iskandar dan beberapa orang pelakon yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia hiburan. Apa yang membuatkan Ary tengok video ini adalah pelakon perempuan nya merupakan ex-student UM dan ary pernah 1 kolej dengan dia. 


Tapi, yang membuatkan ary rasa tak best adalah, video ini seakan-akan sebuah music video lagu Korea iaitu merupakan lagu kumpulan 8Eight - Goodbye My Love. Bukan sikit je sama tapi dah hampir 80%. Bolehlah tonton 2buah music video di bawah dan buat perbandingan sendiri.







Ini bukan kali pertama sesi tiru meniru dalam dunia hiburan. Bukan nak burukkan dunia seni negara. Perbuatan ini turut dilakukan oleh artis-artis seberang yang lain. Contohnya, lagu FT Island - I wish yang seakan-akan lagu Train - 50 Ways to Say Goodbye. Bab lagu-lagu ni, tokseyh nak tipu ary lah. 


Rasanya kalau ada software macam Turnitin untuk kira kadar plagiarism dalam penulisan blog, berapa ramai penulis blog yang FAIL? ^^

Monday, 3 June 2013

Tips untuk Tidak Mencangkung atas Tandas Duduk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


Kebanyakan tandas yang ada di Malaysia ni adalah tandas duduk. Moden lah kononnya. Sebenarnya nak selesa kan pengguna tandas. Tapi, kebanyakan pengguna akan rasa geli untuk duduk di atas tandas itu disebabkan title "Tandas Awam". Ye lahhhh.. Bermacam-macam jenis orang guna tandas tu. 


Perasaan geli itu pasti ada walau sedikit. Ada yang geli sampai mengambil keputusan untuk mencangkung di atas tandas duduk tersebut. Sebab tu, kadang-kadang nampak kesan hitam dan kotor tapak kasut dekat tempat duduk tandas tersebut. Ish3..  


Ary nak pesan pada mereka yang suka sangat mencangkung atas tandas duduk agar hentikan perbuatan anda. Ianya adalah kerana jika anda mencangkung, terdapat possibility untuk perkara di bawah berlaku.






Keadaan yang terakhir sekali tu memang rare (jarang berlaku) tapi PERNAH berlaku. Jadi, sebelum kaki anda dipotong kerana cedera parah, adalah lebih baik jika anda belajar untuk menggunakan tandas duduk dengan betul. Dulu, ary turut mempunyai masalah untuk membuang air dengan menggunakan tandas duduk. Namun begitu, ibu ary berkongsi tips untuk tidak mencangkung di atas tandas duduk.


Caranya mudah saja. Ambil seberapa banyak tisu dan alaskan di atas tempat duduk tandas tersebut sebelum membuang air. Kalau rasa nak siram dulu tempat duduk tandas menggunakan air pun boleh^^ Jadi, dengan cara ini, tak perlu mencangkung lagi. Tak dapat imagine? Sila rujuk gambar rajah^^




HahahaXD    Lawak lah plak bila buka kelas buang air. Biarpun ini merupakan perkara asas, tapi tak boleh pandang remeh. Berhentilah menjadi manusia moden yang tidak bertamadun^^ 

"Nabi s.a.w pernah berkencing berdiri disebabkan penyakit pada belakang pelipat kaki antara kaki dengan betis. Tetapi kalau kencing berdiri tanpa sebab, (melainkan sebab dah tak tahan atau kencing duduk nanti kena najis pada pakaian), maka hukumnya MAKRUH.
Sumber: Artikel Gaya Saya Jaga Kebersihan by Shadiya Abbas, Gen Q Isu 19.

# Bagaimana pula dengan lelaki yang kencing berdiri?

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com