Sunday, 6 January 2013

Kenyataan Maaf Terbuka kepada yang Berkenaan


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin itu merupakan peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi ary sekarang. Jangan tanya ary kenapa kerana pulut santan binasa ye.. Tak dapat ary nak explain. 


Beberapa bulan lepas, ary buat review tentang sebuah restoran dan tanpa ary sedari, ada ayat kritikan dalam entri tersebut yang membuatkan pemilik restoran tersebut marah. Pada mulanya, ary tidak menyedari tapi bila ary baca semula dari A until Z, ada 1 ayat tu agak kurang menyenangkan apabila ary mengkritik fizikal restoran tersebut.


Pemiliknya menuntut ary menutup blog ini supaya tidak ada lagi yang mengikuti cerita tentang restoran tersebut. Jadi, terus-terang ary nak habaq, ary tidak boleh menutup blog ini. Ary hanya boleh memadam entri tentang berkaitan restoran tersebut sahaja. 


Akan lebih berhati-hati dalam penulisan. In shaa ALLAH^^

3 comments:

cci said...

kena berhati2.. sebelum menaip kan... :)

Tinta Lana said...

Salam.

Takpa lah ary..berhati2 ya pasni..

1st time lana baca kes camni.. pengajaran buat lana juga.. :)

MyFreeMinded said...

Ada gak kes camtu, sepatutnya dia terima ajelah pandangan pelanggan, then improve. Tapi tak tahulah kan, ada yang suka dipuji aje.

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com