Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Siang^^
Bila tiba musim peperiksaan, ramai yang akan mula sibuk menghafal fakta-fakta yang perlu sebagai persiapan menghadap kertas peperiksaan. Beruntunglah kepada mereka yang mendapat tips dari pensyarah.
Dan adakah itu bermaksud yang tak dapat tips tu adalah golongan yang malang kerana mendapat pensyarah yang kedekut? issshhhh.. Ary harap perspektif negatif itu boleh diubah. Yelah.. Bila pensyarah tak bagi tips, kita akan baca semua chapter dan lagi banyak ilmu boleh diserap masuk. *sedapkan hati sendiri. HahahaXD
Jadi kali ini, ilmu yang hendak dikongsikan adalah Teknik Menghafal dan Mengingati Fakta dan Ilmu yang Dipelajari Melalui Teknik Pengulangan. Sebenarnya banyak lagi cara untuk mengingat dan menghafal tapi ary rasa teknik pengulangan ini lebih berkesan. Kenapa? Akan ary cuba huraikan dengan penuh teliti dan ary mohon kesabaran dari korang untuk baca sehingga habis ya^^
Kita mulakan dengan aktiviti yang dilakukan berulang kali setiap hari terutama sekali oleh mereka yang beragama Islam iaitu solat. Seperti yang kita sedia maklum, seorang Muslim diperintahkan untuk solat lima kali sehari secara berterusan kecuali atas sebab-sebab tertentu (uzur,etc.).
Dr. Abu Hasan Ali An-Nadwi iaitu salah seorang ulama pernah menerangkan,"Pelaksanaan solat secara berulang-ulang dan berterusan adalah sebagai santapan yang sihat dan lengkap bagi jiwa, hingga jiwa berfungsi mencegah manusia daripada lalai mengingati Allah s.w.t.". Perbuatan mengulangi solat memberikan inspirasi bahawa pengulangan perkara baik mengukuhkan perkara baik dalam diri seorang manusia.
credit to: Doodle Dakwah^^ Maaf. Tiada masa untuk ary mendoodle^^ |
Begitu juga dalam proses mengingati dan menghafal sesuatu fakta. Pengulangan yang berterusan dalam mengulangkaji juga boleh menguatkan daya ingatan. Pengulangan yang dilakukan bukan terbatas pada perbuatan membaca sahaja, namun perlu diselangi dengan penulisan, lisan dan pendengaran. Optimakan penggunaan semua pancaindera yang Allah s.w.t pinjamkan.
Kenyataan ini disokong dengan pesanan oleh Khalifah Al-Makmun kepada salah seorang anaknya,"Tulislah hal terbaik yang engkau dengari, Hafal perkara terbaik yang engkau tulis dan Bicarakan perkataan terbaik yang engkau hafal." Dalam pemahaman ary, pesanan ini juga menunjukkan betapa Khalifah Al-Makmun turut menyarankan teknik pengulangan dalam bentuk penulisan mahupun lisan.
Teknik baru yang ary sedang cuba eksperimentasikan dan menunjukkan kesan positif pada diri ary adalah dengan cara Baca & Faham >> Tulis Key Point >> Baca Sekali Lagi dengan Suara Perlahan >> Tulis Key Point tanpa Rujukan Bahan Bacaan >> Baca dan Bandingkan Apa yang Ditulis dengan Bahan Bacaan.
Sememangnya, teknik pengulangan ini tidak sesuai untuk study last minute. Ini kerana, bila dah study last minute, masa mengulangkaji adalah terhad dan minda tidak dapat menyusun fakta-fakta yang dibaca dengan teratur. Ibarat bangun tidur pukul 8 pagi tapi kelas pukul 8.15pagi. Pasti nampak selekeh dan tidak terurus bila ke kelas. Salah-salah, cuma gosok gigi, basuh muka dan sembur perfume sahaja :-P
3 comments:
kalo zaman zkolah dan dip, selalu kena hafal menghafal ni...banyak subjek arab
aRY LEE.. lamanya xmai jejalan kat sini.. :D
masa spm dulu time trial xde masa nak ulang2 bagai dah last minute study kan skali result hampehh hahaha bila spm baru ada teknik ulang2 ni yelahh kan dah insaff sikit hahaha
Post a Comment