Wednesday 9 January 2013

Majalah Gen-Q: Bacaan Islamik Simple dan Mudah Difahami


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat sejahtera^^


Dulu, waktu kecil-kecil, ary masih ingat lagi di mana ary membaca majalah Ana Muslim. Dalam nya ada kartun bagaimana syaitan menggoda dan kaedah melawannya, etc. Kemudian, tahun lepas, ary diperkenalkan oleh roommate tentang majalah SOLUSI - majalah Islamik untuk bacaan golongan dewasa. Dan baru-baru ini, ary terlihat majalah Gen-Q di Popular. 


Jika ditanya, ary boleh katakan yang majalah Gen-Q ini adalah diibaratkan seperti majalah REMAJA/CLEO. Bezanya adalah majalah ini berunsurkan islam. 


Sejujurnya, ary menyarankan individu yang masih lagi baru merangkak dalam mengenali Islam seperti ary untuk baca majalah ini. Tapi jangan baca tergopoh-gopoh macam baca nota waktu exam. Tapi bacalah dengan mata hati untuk memahami intipati yang cuba disampaikan.




Kenapa ary sarankan buku ini sebagai bacaan? Ini adalah kerana buku ini menyampaikan mesej/ajaran dalam bahasa yang mudah dan isinya juga ringan berbanding majalah SOLUSI yang mungkin lebih sesuai untuk pembacaan orang dewasa dalam ajaran Islam. Jika korang baca kedua-dua majalah ini, korang akan dapat memahami maksud ringan dan berat yang ary maksudkan di sini.


Tak ada masa nak baca? Meh sini ary bagi tips sikit. 1hari, bacalah 1-2topik sahaja. Hanya mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja. Biar lambat, asalkan kita boleh belajar sesuatu. Amalan yang sedikit tapi berterusan adalah lebih baik dari amalan yang banyak tapi terputus. 


Ary sendiri baru tiba di muka surat 37 isu 16. Niat nak beli isu 17 tapi takut tak terbaca. Jadi, kalau ada yang dah beli dan dah habis baca tu, rasa-rasa nak sedekah pada ary, silakan :P

4 comments:

Nur Nainis said...

yeah..saya pun baca majalah ni..memang terbaik. ketagih bila baca..hehe..tapi selalu sold out. ramai orang beli..bagus lah kan.

edohayra said...

edo suka Gen-Q..
pnah try tlis n dh diterbitkan

http://ceritaedohayra.blogspot.com/2012/12/wordless-wednesday-8-gen-q-vol-3-isu-17.html

Riswin Zahari said...

Mengimbau memori di masjid jamekkk~ =P

MyFreeMinded said...

Tak pernah lak intai Gen Q ni, tapi selesa baca Solusi,

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com