Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^
Bukan setakat boleh masuk syurga.. Kebarangkalian untuk masuk neraka pun ada juga. Apa yang ary tekankan di sini adalah tentang perkongsian sesuatu ilmu melalui blog. Terdapat hadis yang menyatakan,
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (waqaf) ,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Penulis sesebuah blog bebas untuk menulis apa sahaja. Menulis tentang hal peribadi, menyebarkan gosip artis dan hiburan, etc. Tapi ramai yang tidak sedar bahawa apa yang ditulis turut mempengaruhi value diri untuk masa akan datang. Dan sebenarnya, kadang, apa yang ditulis menentukan di mana tempat kita sebagai manusia biasa selepas kita mati nanti. Apakah syurga atau neraka? Wallahualam.
Tapi sebenarnya, penulis blog mempunyai peluang untuk meng-optimakan lagi peluang atau chances untuk berada di tempat yang lebih baik dari neraka iaitu syurga. Antaranya, adalah dengan mengurangkan penulisan berkaitan gosip artis yang kita tidak tahu kebenarannya malah mengaibkan lagi artis tersebut atau mungkin dengan cara berkongsi ilmu melalui penulisan.
Kepelbagaian ilmu membuka minda dan mendorong kekreatifan individu |
Ilmu itu luas. Tidak semestinya cuma dalam lingkungan ilmu agama sahaja. Antara ilmu lain yang boleh dikongsi adalah ilmu berkaitan penggunaan teknologi, cara edit gambar, cara jadi blogger berjaya, cara masak, ilmu perubatan, etc. Setiap orang sememangnya mempunyai ilmu yang berbeza. Jangan sangka semua orang tahu apa yang kita tahu.
Kenapa ary begitu tekankan tentang isu perkongsian ilmu di sini? Sebabnya, ary teringin sekali untuk melihat semua penulis blog memanfaatkan bakat mereka dalam penulisan blog untuk perkara yang akan membantu kita menjadi muslimin yang baik, In shaa ALLAH^^ Ary tertarik dengan pesanan Kak Amy di ikim.fm tempoh hari melalui sebuah hadis:
Rasulullah bersabda,"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain"(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)
Hebahan ilmu di blog juga turut memberi manfaat kepada pembaca yang lain. In shaa ALLAH^^ Isyyyy.. Macam masuk rancangan Ustazah Pilihan lah pulak. HahahaXD Maafkan ary yang ingin berkongsi sesuatu ilmu. Ary tahu ary masih lagi bermujahadah untuk berlagak fasih dalam ilmu agama. Semoga ary istiqamah^^
5 comments:
saya setuju sangat2... blog yang berkongsi tentang ilmu2 yang berguna sangat saya tabik :)
betul . semua pulihan di tangan sendiri untuk menetukan :)
Assalamualaikum..saya pun sokong. Sampaikanlah walaupun satu ayat. Maknanya kalau kita sampaikan benda yang berfaedah, kita dapat faedahnya. Terima kasih mengingatkan.
Emm betul tu, ilmu walau sedikit kalau sudi berkongsi Insya Allah besar maknanya.
Assalammualaikum.
Ary.. semua amal kebaikan kita, biar sekecil dan sehalus mana, Allah itu Maha Melihat segalaNya kan ary.. ^_^
DIA akan masukkan semua amal kita dalam pertimbanganNYA..itu janjiNya..
Lana suka entry ni.. sebab walaupun topik ni topik yg berulang..tapi kita ni, selalu lupa tentg perkara ni..
One more thing, pas baca entry ary yg Kenyataan Maaf Terbuka tu, lana terus dpt ilham nak post Tips Menulis Entry #1 bertajuk buruk tu. :)
Thanks..coz berkongsi pengalaman mlalui entry tu.. ^_^
Post a Comment