Thursday, 29 May 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Doa (Episod 3)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


"Yayang, makan!" Farah memanggil Suzie untuk makan malam. Menanti dan terus menanti, tapi bayang Suzie tiada.


Tertidur agaknya, bisik hati Farah. Farah melangkah ke bilik tidur dan pintu dibuka perlahan. Tak nak mengejutkan si dia yang tersayang. Farah terpaku melihat Suzie teresak-esak menangis di atas sejadah. Hatinya resah. Bukan sebab melihat Suzie solat. Tapi sebab tangisan air mata Suzie. 




Farah menghampiri Suzie dan duduk bersimpuh di sisinya. Wajah Suzie diperhatikan dalam-dalam. Menyedari Farah duduk di sisi, Suzie cepat-cepat menyekat air mata yang sebentar tadi laju mengalir. Senyuman dipamerkan pada buah hati.


"Kenapa yayang menangis? Kenapa yayang sedih sangat ni?" Tangan Suzie dicapai, cuba untuk menenangkan.


"Tak ada apa. Terasa nak nangis. Tu je," Senyuman cuba diukir secara paksa. Di sebalik senyuman itu, ingatan masih terbayang kata-kata yang disusun dalam doa selepas solat tadi.


Ya Allah.. Sesungguhnya, aku amat menyayangi dan mencintai dia. 

Lalu aku mohon pada-Mu, Ya Allah. Aku mohon agar kau pisahkan kami. Aku mohon agar kau gerakkan hatinya untuk berpisah denganku sebab aku tak sanggup untuk memutuskan hubungan ini. 

Aku hanya mahu yang terbaik untuk dia, Ya Allah. Biarpun dia pergi dengan satu senyuman dan membiarkan aku menangis keseorangan.




===============================================


"Kiranya doa kau dah termakbul lah kan? Dah tu? Kau nak sedih apa lagi? Betul lah tindakan kau tu," Lanchau sungguh mulut ary waktu tu.


"Aku terkena dengan doa aku sendiri, ary. Aku tak sangka yang sekarang ni dia boleh hidup dengan penuh bahagia dan aku yang rasa sakit sangat," Ary melihat tangan Suzie yang digenggam kuat dan menumbuk-numbuk pahanya sendiri. Huh.. Teruk budak ni. Kesian..


1 comment:

IK Tia said...

tak aci. dia pergi dengan senyuman dengan tinggalkan kita berendam airmata. mohonlah andai tiada jodoh, semoga dua-dua akan hilang rasa tu..

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com