Thursday, 15 May 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Menangis (Episod 1)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Jujurlah padaku.. Bila kau tak lagi cinta.. Bait-bait lagu Jujur dari Radja mengembalikan ingatan ary pada suatu cerita. Cerita cinta. Masih lagi cinta antara manusia. Tapi bukan cinta biasa. Bukan cinta adam dan hawa. Bukan cinta Rumi dan Juli. Cuma cerita cinta dia. Dia yang ary kenali dengan nama Suzie. *bukan nama sebenar*





Ary, datang amik aku malam ni lepas habis keje boleh? Keta rosak lerrrrr... Whatsapp diterima dari Suzie. Ary balas simple seperti biasa - OK. Pukul 11 malam, ary dah tunggu dalam kereta depan McDonald 24 jam Pandu Laju di Kajang. Area mana? Ish. Rahsia tu. HahahaXD


10-15 minit selepas tu, nampak minah ni terkijat-kijat jalan ke arah kereta ary. Masuk je kete dengan muka selenge dia. 


"Sorry lah ary. Kete rosak lah. Hantar bengkel. Sok pagi baru boleh amek. Nah! Mcflurry feberet kau!" Nasib baik ada Mcflurry. Kalau tak membebel dah ary kejap. Kami borak macam selalu. Pasal kerja. Pasal study. Pasal gosiiiippp. Biasalah perempuan. Out of sudden, radio memainkan lagu Kita by Forteen.


"Ary, tukar lah radio lain. Boring ar lagu ni," Muka Suzie dah lain macam. Ishhh.. Adalah tu yang tak kena. 


"Biarlah. Best apa lagu ni," Ary besarkan lagi volume radio. Lalu berteriak lah ary dalam kereta menyanyi. And out of sudden juga, Suzie menangis teresak-esak. Dah pehal minah ni? 




"Weyh, kau ok tak ni? K k. Aku tukar radio," Esakan dia makin kuat. Dah lah mata dia memang type bengkak. Makin bengkak lah al kisahnya. Sambil-sambil drive tu, ary hulurkan tisu. Tak berhenti ary tanya dia ok ke tak. Minta maaf berkali-kali. Rasa bersalah lah dah buat orang nangis.


"Ary, aku nak cerita kat kau something boleh? Jom gi Mapley," Ok. Nampaknya akan ada another true story. 


2 comments:

Alynn Nyzaa said...

Aish.. Macam suspen + sedih je ni...
Part 2 please..
Sorry ary..da lama x singgah sini.. Sobss...

cci said...

ape jadi..ape jadi.. wah nyibuk.. wakakak

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com