Monday, 26 May 2014

Ke Manakah Wang Anda?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Rasa-rasanya, kalau soalan ni ditanya pada korang, adakah mampu korang menjawab dengan yakinnya? Atau korang akan teragak-agak.. Waktu tu, akan terkeluar nya dialog "Errrr... Err..." ataupun "Mmmm.. Entah. Taktau nak cakap"


Untuk menguruskan kewangan persendirian (personal financial), benda yang paling penting, korang kena tahu, mana duit korang disalurkan. Bila dah tahu, only then, korang boleh kawal segala saluran yang ada tu dengan lebih cermat.


Cara ary untuk mengetahui adalah mudah, iaitu dengan menggunakan 3 peringkat - Daily, Weekly & Monthly.


Daily
Tuliskan perbelanjaan harian yang dilakukan setiap hari untuk setiap ringgit dan sen yang dikeluarkan. Tuliskan dengan general je pun. Pastikan perbelanjaan yang dilakukan untuk 7hari ditulis dalam kertas yang sama. Contoh:





Weekly
Lekatkan kertas yang mengandungi perbelanjaan 7 hari tersebut pada dinding. Dengan cara ini, korang boleh bandingkan perbelanjaan yang dilakukan setiap minggu. Adakah lebih baik? Atau lebih banyak?


Monthly
Kirakan perbelanjaan bulanan. kalau terlebih rajin, ataupun kalau nak cuba mencari penyelesaian masalah kewangan sendiri, boleh lah tengok which part yang boleh kurangkan atau perlu dikawal. Waktu tu, korang boleh realize, mana wang korang banyak dibazirkan. Apakah pada makanan? Entertainment? Saving? Tabungan akhirat? 




Motif untuk tampal senarai perbelanjaan di dinding: 
Untuk remind korang untuk setiap perbelanjaan dan PEMBAZIRAN yang berlaku. Untuk lebih efektif, sila tampal di tempat korang senang nak tengok. Contoh: Tepi katil, meja study, pintu almari, tepi cermin muka pun boleh. Huhuhu.

1 comment:

Alynn Nyzaa said...

Alynn biasa buat yang harian.
Tu pun kadang-kadang terlupa. Terus lost flow budget.. hihi

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com