Sunday 1 December 2013

Percutian di Penang | 3D Art Streets


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Saban tahun, ary akan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk mencuci mata di tempat orang. Jika tahun lepas, ary memilih Pulau Lagenda Mahsuri namun kali ini Pulau Pinang menjadi pilihan hati. 


Hari pertama dan malam pertama ary di Pulau Pinang ditemani seorang rakan lama ketika di matrikulasi. Dah kebetulan dia orang Penang, ary pun luahkan lah keinginan untuk merasai pengalaman di 3D Art Streets




3D Art Streets ni terletak di area Georgetown. Landmark untuk mencari lokasi 3D Art Streets adalah China House atau Masjid Kapitan Keling atau Nasi Kandaq Beratur.


 Pada mulanya, expectation ary adalah terdapat lukisan 3D di sepanjang jalan. Tapi expectation ary silap sebab rupanya lukisan 3D yang ada perlu dicari. 





Hampir setiap jalan ada 1 lukisan 3D tapi kena pandai cari lah. Ary agak beruntung sebab ada orang Penang yang boleh duk tunjuk jalan-jalan yang mempunyai lukisan menarik. Kalau tak, mahu sesat juga rasanya.  Antara jalan-jalan yang mempunyai lukisan 3D adalah Armenian Street, Cannon, Street & Acheh Street.




Environment di kawasan ini macam environment Jonker Street di Melaka. Banyak bangunan di sini yang masih mempunyai rekabentuk klasikal cina. Dan yang membuatkan ary excited adalah, sepanjang perjalanan jalan kaki ary, ary jumpa 3masjid dan 1tokong. So, ary tak tahu di mana kebenaran statement kononnya melayu/islam diperkecil di Pulau Pinang?




6 comments:

Mek Onie said...

penang best gila kot kan :D

Unknown said...

pernah tgk ada dalam rancanagn dari timur ke utara . betul tah. hehe

Anonymous said...

bestnya, nak sangat pergi sini asyik tengok gambar orang lain je

Unknown said...

Waa..bestny !

ezyra taharin said...

ye la..tgk bangunan lebih kurang kat melaka je..nnti boleh la try g sne

Aujinz said...

OOo.. belom sampai sini lagi.. hua hua hua

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com