Friday 9 May 2014

Apa kau buat bila kau rindu?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Petang^^


Setiap orang akan melalui satu detik. Detik bila ingatan melayang mengingatkan seseorang atau sesuatu kejadian. Rindu tandanya tu. Apabila rindu, klise nya, diri akan mahu mengulangi saat bersama benda yang kita rindu. 


Contoh, bila kita rindu pada sesuatu tempat yang pernah kita lawati, kita terasa nak pergi lagi sekali tempat tu. Bila kita rindu pada seseorang pula, rasa nak jumpa je orang tu.Tapi macam mana pula kalau rindu kita tu adalah sesuatu yang tak dapat luahkan mahupun ubati?




Ada yang kata, doakan orang yang kita rindu tu. Ada pula yang mencadangkan sedekahkan al-fatihah. Macam mana pula andai rindu tu makin dalam? Sehingga menjadikan diri tidak bermaya. Tiada daya melakukan segala. 


Tapi, kalau tanya ary, bila ary rindu, ary akan

1 - Melawat semula tempat-tempat yang ada kaitan dengan 'subjek' rindu.

2 - Cuba membayangkan 'subjek' rasa rindu tersebut.

3 - Menangis. *klise sangat*

4 - Tatau dah = ="


Kadang ary cuba menyibukkan diri untuk menghindarkan diri dari rasa rindu itu. Tapi sejauh mana pun berlari, akan sampai satu tahap diri akan menjadi penat dan akhirnya lemah terduduk sendiri.

2 comments:

Unknown said...

Tia akan cuba sehabis mungkin sibukkan diri dan jangan fikirkan orang yang dirindui. parah kita kalau dilayan sangat rasa rindu tu.

Tinta Lana said...

Salam.

Lah..kata kat fb haritu, ary takda nangis2,hahahah

Ni kat entry, lain plak. fine! *lari laju2,hahaha

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com