Sunday, 12 October 2014

Career Development Program (CDP) Peneraju Professional Pendidikan Perakaunan (PPPP)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Malam :)


Selepas prosedur online application dan assessment subjek matematik dan english, assessment seterusnya akan dilakukan melalui Career Development Program. Program ini akan dijalankan selama 2bulan (11Oktober - 7 Disember 2014) tahun ini dan ary dapat tahu yang ary rupanya batch ke-3 sejak 2012.


Career development program dimulakan dengan taklimat dari wakil Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) iaitu encik Amir. Kemudian, sedikit taklimat berkenaan Career Development Program telah diberikan oleh wakil dari Sunwaytes. 


Terdapat 6module yang akan diajar kepada peserta program - Accounting Enhancement, Financial Management, Critical Thinking - Strategy, Critical Thinking - Data Analysis, Work Readiness - Advanced Accounting & Work Readiness - Audit Assurance. Tenaga pengajar pula terdiri daripada tenaga pengajar Sunwaytes yang berpengalaman. 


Facebook PenerajuEdu - Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera

 
Peserta program dikehendaki menghadiri 16jam learning process untuk setiap modul dan Sunway Qualification Examination (SQE) bagi menentukan kelayakan untuk join PPPP anjuran YPPB ni. Syarat lulus CDP adalah, 80% kehadiran sepanjang CDP dijalankan dan markah lulus sekurang-kurangnya 60%  untuk SQE.


Fuh! Memang bukan senang untuk senang. Banyak benda perlu dikorbankan. Bukan masa untuk sendiri yang difikirkan. Masa untuk keluarga, bebanan kerja, dan tenaga. Sabarlah hati...

Saturday Dinner at Wadihana Islamic Steak House, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


"Assalamualaikum," 


Ary disambut dengan salam ketika melangkah masuk ke restoran ini. Ohhh.. Lupa yang restoran ini bertemakan islamic. Nice and simple interior design. Alamat: Jalan Medan Pusat 2D, 3B Curve Business Park. Buat pengetahuan, ada 2 premis Wadihana. Bezanya, Wadihana Islamic Steak House yang ary singgah kali ini hanya fokus kepada makanan barat seperti steak, pizza, burger dan pasta.


Menu yang menjadi pilihan kali ini - Lasagna, Pilaf Rice, Combo Fajitas, Iced Lemon Tea, Fresh Lime Juice, Sky Juice dan Panna Cotta sebagai pencuci mulut.





Yang menarik perhatian ary adalah Combo Fajitas. Makanan ini lebih kepada makanan ala-ala istanbul pun ada. Sebabnya, ayam dan daging yang dipotong kecil lalu digoreng bersama cili benggala, dan dihidangkan bersama roti pita berserta inti-inti sampingan. Macam buat kebab sendiri pun ada gak. 


Panna Cotta turut dihidangkan dengan cara unik. Cantik. Rasa macam makan di hotel. Mana taknya, waktu bayar bil, terkejut total RM95.00. Buat rujukan harga; Pilaf Rice (RM4.90), Lasagna (RM28.90), Combo Fajitas (RM28.90), Panna Cotta (RM7.90), Ice Lemon Tea - can be refill (RM5.90), Fresh Lime Juice (RM4.90), Sky Juice (RM0.50) dan Gov tax & Service Charge (RM13.10).




Sekali sekala, boleh lah nak melayannnnn....


Thursday, 9 October 2014

TRUE STORY: "Sakit" - Mental (Episod 6)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Malam^^


"Nah, minum ni," Ary hulurkan Spearmint Tea yang baru ary order di kaunter.


"Apa kau ni, Ary? Kau tau aku tak suka minum teh. Aku dah bagitau yang aku nak latte kan?" Suzie membebel bila apa yang ary bawa tak penuhi permintaan.


"Bukan kau kata, ostroporosis kau dah tahap serius ke sebab excessive caffeine? Tea pun ada caffein gak. Tapi less sikit dari coffee," Suzie meneguk teh yang ary belikan tanpa sebarang defence. Melihatkan teh yang dipegang Suzie, ary teringat pesan Ammal.




=========================================


"Aku tak sure masalah Suzie ni, ary. Kalau ikut observation aku, dia ni sekarang depressed melampau sebab break up. It might because of obsessive love towards Farah. But then, bila kau cakap pasal perlakuan 18sx dia yang melampau tu, minah ni nympho pun ada gak. But, what I can conclude is, dia ni tengah totally emotionally and mentally disturbed," Ammal menjelaskan dengan panjang lebar selepas mendengar permasalahan Suzie melalui Ary. Ammal Hasheme, sepupu ary yang paling berjaya sekali. Sekarang ni dia belajar tentang psikiatri.


"Kalau bab emotionally and mentally disturbed tu, aku pun boleh cakap baiiii. Yang aku nak tau, dari sebagai support seorang kawan, macam mana aku boleh tolong dia.  Especially on benda pelik yang dia tak patut buat tu."


"Urmmmm.. Good question," Ammal seakan-akan berfikir. Bajet betul lah. Confuse siapa yang gila bila tengok dia. Patient ke dia.


"Hah... Meh aku cerita bab sains sikit. Each person ada their own level of libido. Libido ni adalah sexual desire. Macam sex drive lah. So, aku rasa, untuk elak dia dari buat benda pelik, kita boleh cuba reduce her libido. But then, right.. I'm not sure if it's the best way. Because I'm worry, we will might make her impotent, or her sexual desire will be cut off forever. Bahaya nokkkk. nanti, in future, if dia kawen, kesian laki dia hawau," Menghampakan lah ayat si Ammal ni. Duh!


"Tapi ary, aku dengar Spearmint Tea is good to control the libido. Maybe boleh try. In shaa Allah,"


=========================================


So, that's why and how the Spearmint Tea is in front of us right now.





Wednesday, 8 October 2014

#Alhamdulillah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Pagi^^


Kadang, nikmat dihadirkan apabila harapan kian kabur. Bisikkan pada hati, what's fated for you is the best from Allah. In shaa Allah. Mudah-mudahan Allah setuju!




hasil tulisan arisyalee.blogspot.com