Saturday, 29 September 2012

REVIEW | J-Drama - Rich Man Poor Woman


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Tengahari^^


Peminat Korean dan Japanese Drama boleh lah layan cerita ni pula^^ Pada mulanya, ary nampak promosi cerita ni di dramacrazy.net tapi melihatkan poster dia yang biasa-biasa saja, ary tak tengok. However, bila ary check Most Popular Drama, ary terkejut bila cerita ni dalam top50 juga. Ary menonton bagi menentukan  tahap ke-best-an cerita ni. 




Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Toru Hyuga yang genius dan mampu mencipta kejayaan menggunakan akal genius dia tu. Toru Hyuga menggunakan kegeniusan dia untuk mencipta sistem fail projek bagi mencari ibu nya yang meninggalkan dia dari kecil. Walaupun Toru Hyuga ni genius, tapi dia mempunyai masalah untuk mengingati nama orang. 

Tanpa dirancang, dia ditemukan dengan seorang gadis yang mempunyai nama sama dengan ibunya. Jadi, dia dapat mengecam dan mengingati nama gadis tu. Semua orang terkejut apabila dia ingat nama gadis tu - Sawaki Chihiro. Kehadiran Sawaki itu mengubah sedikit demi sedikit perangai buruk Toru Hyuga. Konflik bermula apabila Sawaki mendedahkan nama sebenarnya.


Pendapat & Ulasan Ary Lee
Shun Oguri yang pernah melakonkan watak sebagai Sano dalam drama Hana Kimi kali ini tampil dengan watak yang memang berbeza. Jika dulu Shun Oguri berlakon sebagai watak yang control macho, cool bagai tapi kali ini terserlah kesengalan watak yang dia bawakan tu. Pelakon perempuan tu macam tak ada tarikan sangat sebab dia biasa-biasa je. Tak lawa mana pun. Tapi lakonan dia boleh diterima sebab ary rasa dia berjaya membawa watak sebagai budak perempuan yang polos, nampak macam lurus, etc.


Jalan cerita menampilkan isu yang biasa-biasa seperti pengkhianatan dalam persahabatan, cemburu atas kejayaan orang lain dan banyak lagi tapi penulis mahupun pengarah drama mampu menampilkan cerita dengan gaya yang menarik. Tidak bosan dan mampu juga membuatkan orang ketawa.
Soundtrack dia tak banyak. Yang paling kerap dimainkan adalah lagu Hikari E-Miwa. Ary tak tau lah yang itu nama tajuk lagu or ada nama penyanyi sekali. hahahaXD  Soundtrack dia sedap didengar dalam rentak akustik.




Label: MESTI tonton.

4 comments:

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

macm best je. tp xminat hero die...

zila manaf said...

mcm xbest je kekekke

cci said...

err...best ker.

nana kamarul said...

Eh eh! Nana suka Oguri Shun! Dah lama x tengok Japanese drama. Nak tengok lah. Tapi rasanya ni bukan first time dia belakon sengal2. Before ni ada satu tapi nana x ingat name cite tu. Best jugak :P ANyw, thanks ary :D

hasil tulisan arisyalee.blogspot.com