Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat tengahari^^
Ini adalah ekoran kata-kata pengacara halaqah di akhir video yang ary kongsi pagi tadi. Jika anda rasa mahu menangis, menangislah. Mungkin sudah lama kita tidak mengalirkan air mata untuk kedua ibu bapa kita.
Bila kali terakhir korang menangis untuk ibu bapa korang? Sebulan lalu? Atau mungkin setahun lalu? Dan bila pula rasanya kali terakhir ibu bapa korang menangis kerana korang? Semalam? Atau korang tidak pernah melihat mereka menangis kerana korang?
Sejujurnya, lama sudah ary tidak menangis untuk ibu ayah ary. Dan setahu ary, banyak kali juga ary buat ibu ary menangis. Kalau ayah, tak tahulah pula.
Pernah sekali ibu ceritakan tentang tangisan nya yang mengalir di pejabat gara-gara ary. Ketika itu, ary masih di sekolah rendah dan kebetulan ada motivasi dijalankan. Setelah disedarkan, rasa insaf tu membara-bara. Lalu, ary telefon ibu dan memohon maaf atas segala salah yang telah ary lakukan. Teresak-esak ary telefon ibu dari public phone sekolah pada waktu tu. Dan tanpa ary ketahui, selepas sahaja ary letakkan telefon, ibu menangis di pejabat. Cerita itu hanya ary ketahui pada tahun ini.
Bermakna selama ini ibu telah banyak menyembunyikan air matanya dari ary. Itu baru ary. Belum kira lagi air mata yang disebabkan anak-anak ibu yang lain. Maafkan ary, ibu..
6 comments:
ibu selalu sembunyikan kesedihan depan anak-anak..terima kasih atas peringatan entry ni..=)
assalamualaikum ary...sedih nyer jgn nangis yer..;)
I greatly appreciate all the info I've read here. I will spread the word about your blog to other people. Cheers.
deno selau menangis bila sakit... baru ni ma pun sedih tengok deno nangis...
menarik, padat isi. sebak bila melihat ibu dan ayah
sebak plak rasanya..
Post a Comment